Tuesday, October 27, 2009

~ MisSioN AcComPliSheD~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...pertama dan selamanya kupanjatkan syukur kepadaMU ya Rabb kerana dengan belas ihsanMU ku masih di sini, masih menikmati nikmat iman dan islam kurnianMU. Selawat dan salam buat Rasul junjugan yang Mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat, seluruh ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in..

Ya Allah... sudah beberapa hari ku menyepikan diri..kerana beberapa kengkangan yang menyebabkan masa ku terbatas. Sangat terbatas. Hari ini, baru ku rasakan sedikit lapang...Maka, tanpa berfikir panjang, ku capai laptop dan terus menaip tuk berkongsi sesuatu bersama kalian.

Apa yang disibukkan sangat?

Buat julung-julung kalinya Mahrojan Lughah Arabiy peringkat Zon Utara telah diadakan. Buat pertama kalinya IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Program ini sebenarnya adalah susulan daripada Seminar Bahasa Arab Peringkat Zon Utara yang juga buat pertama kalinya di adakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun pada tahun lepas.

Jutaan ucapan terima kasih dirakamkan buat Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun yang telah mencabar Pensyarah kami di JAPIM untuk mengadakan program ini. Jazakallahu khairan kathira...

Alhamdulillah. Misi kami telah berjaya. Walaupun persiapan hanya memakan masa lebih kurang dua minggu sahaja. Kami semua anak2 JAPIM telah bertungkus lumus memerah keringat masing2 untuk sama2 menjayakan Karnival Bahasa Arab ini.

Hmmm, terasa semacam berada di negara Arab tadi..hee Dengan masing2 berpakaian ala arab...yang lelaki berjubah dan berserban, dan yang perempuan berjubah dan berpudah. Alhamdulillah sunnah Rasulullah dihidupkan.

Tapi apa yang paling penting adalah berkomunikasi dalam bahasa arab itu sendiri. Nak tau tak? Pada hari berlangsungnya program, semua orang dikehendaki bertutur menggunakan bahasa arab. Terutamanya apabila memasuki Suukul Arabiy ( Pasar Arab), di mana apabila berada di kawasan suukul Arabiy tu diharamkan bertutur selain daripada bahasa arab.

Semua bangsa termasuk India ke, Cina ke, atau Melayu adalah dikehendaki bertutur dalam bahasa Arab untuk membeli barang di suukul Arabiy. Tapi jangan risau, kerana kami ada menyediakan Klinik untuk berbahasa Arab. Jika terdapat sebarang kemusykilan adalah digalakkan untuk ke klinik supaya masalah itu dapat diselesaikan. Di Klinik akan diberitahu beberapa perkataan penting untuk urusan jual beli tersebut dan yang sewaktu dengannya.

Selain itu, dalam Mahrojan Lughah Arabiy ini juga telah diadakan 4 Pertandingan iaitu:-
1- Pertandingan Hiwar
2- Pertandingan Nasyid
3- Pertandingan Terjemah
4- Pertandingan KalimatusSobah

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar. Terasa sangat bahagia. Sebenarnya, perasaan ini hadir sejak mula diumumkan akan diadakan Mahrojan Lughah Arabiy ini lagi..Kerana cinta akan bahasa Arab ini sudah tertanam dalam diri ini sejak kecil. Seingat ku sejak Darjah 4 lagi.

P/s: Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Sesungguhnya bahasa arab bahasa Qur'an dan juga Bahasa Syurga...Majulah Bahasa Arab untuk semua!

Friday, October 23, 2009

~Antara SuRat ImAm Al-GHazaLi~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..pertama dan selamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Pemilik kita Allah SWT. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW yang dirindui, para sahabat baginda, ahli keluarga dan tabi'-tabi'in...

Untuk entri kali ini, daku ingin berkongsi "Surat Imam al-Ghazali Kepada Seorang Muridnya". Pesanan2nya sungguh bermakna..Semoga ia meniupkan ruh keimanan dalam hati2 kita. Amin..

Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf.

Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang ilmu, maka apa yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."

Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tida k akan menyelamatkan orang.

Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan!

Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.

Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau.

Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun kantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata. Jika tak karena Allah semata."

Wahai anak! Hiduplah sebagaimana maumu. Namun ingat! Bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

p/s: Pengajian kitab Ayyuhal Walad di Musolla Al-Ghazali sudah dinasihat yg ke-11 ada berbaki 14 nasihat lagi. MOga diberi kesempatan nanti untuk menghabiskan kesemua 25 nasihat beliau Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali. InsyaAllah..

Wednesday, October 21, 2009

~ HistEria~

Dengan nama Allah yang Maha Pemuarah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...Masih bernafas di muka bumiNYa yg fana ini.. Selawat dan salam buat kekasih Allah tercinta Nabiyyuna Muhammad SAW, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'-tabi'in semuanya.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur padaNYa kerana dengan rahmat dan belas ihsanNYa kita masih dapat bersua kembali. Dan aku masih diberi peluang meneruskan perjuangan ini...Setelah balik bercuti, ku bercadang untuk terus update blog kerana tak tertahan rindu dihati ingin berkongsi bersama kalian...Bukan ku sengaja membiarkan blog ini tidak diupdate beberapa hari, namun apakan dayaku, Aku hanya merancang, Allah juga perancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang. seperti yg pernah kunyatalan sebelum ini...

HISTERIA...hmm, pada entri kali ini, aku nak kongsi sikit tentang histeria ni..

Allahu akbar! Semalam hingga ke pagi ni, kami dok berhadapan dengan seorang teman yang histeria. Ya Allah..sungguh ku kasihan terhadapnya... Agak teruk keadaannya. Semalam pun, kami tidur 4.30 pagi "melawan" makhluk itu.

Subhanallah...itulah ujian dariNYa.. Sesungguhnya ujian Allah tu ada dalam pelbagai rupa dan keaadaan. Inilah salah satunya.

Histeria...bukan perkara asing rasanya..lagi2 la bagi mereka yg pernah tinggal di asrama. Aku sendiri sudah banyak kali melihat peristiwa yg melibatkan perkara ini. Aku tahu, ramai yang ada pengalaman ini bukan? dan mungkin juga pernah mengalaminya...

Hmm, niat dihati nak citer sikit apa da jadi semalam, tapi rasa berat je hati ni. Takpelah, mungkin lain kali kot bila da sedia nak ulas sikit hal ni.

Bagaimana dengan kalian?
Pernah mengalami sendiri?
Pernah melihat bagaimana orang histeria?
Pernah mengubat mereka yg histeria?

P/s: Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri...

~WaRkaH Buat Kalian~