Monday, July 6, 2009

^ Awas! BahaYa Mata AdaM ^



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Sesungguhnya Allah menciptakan tiap sesuatu itu berpasang-pasangan.Sebagaiman kita sedia maklum..Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pas
angannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan..

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk
mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaa
n

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlih
at bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu un
tuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Buat Kaum Hawa...Awas! bahaya mata Adam...

Firman Allah Azza Wa Jalla: Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. [Surah Al-Ahzab : ayat 59]

Buat Kaum Adam...Awasi mata kalian...


Firman Allah SWT : Katakanlah kepada lelaki-lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat. [Surah An-Nur: ayat 30]

Berkata Nabi Isa a.s: “Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menimbulkan syahwat (nafsu) di dalam hati dan cukup untuk menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu.”

Rasulullah saw bersabda:“Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh itu, barangsiapa yang meninggalkan pandangan kerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya.”




< IKlaN Allah >


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Alhamdulillah, usai membaca sebuah buku yg dipinjam daripada seseorang yg amat ana sanjungi, ana begitu tertarik dengan salah satu daripada isi kandungannya. Dalam bab 6 buku At-takwa Kuasa Menjana Kecemerlangan, antara latihan mencipta kejayaan yg dinyatakan oleh penulis adalah sentiasa melihat kalimah Allah.

Saudara dan saudari yg disayangi Allah sekalian,

Iklan biasa digunakan sebagai medium untuk memudahkan kita mengingati sesuatu perkara. Kita mungkin ingat nombor telefon Pizza Hut kerana selalu mendengar nombornya dilagukan dalam iklan yg disiarkan di radio dan juga tv.

Ayat-ayat di dalam Al-Quran juga selalu diulang-ulang agar kita mudah ingat dan faham. Oleh itu, teknik ini juga boleh kita aplikasikan untuk menguatkan ingatan kita kepada Allah dalam kehidupan seharian.

Bagaimana caranya? Apa yg boleh kita lakukan ialah; menghiasi kediaman kita atau di mana-mana tempat kita berada dengan kalimah Allah. Gantung atau tampallah seberapa banyak dan di setiap penjuru, agar mata kita sentiasa melihat kalimah Allah dan secara tidak langsung mengingatkan kita kepadaNYa. Di samping itu juga, kita akan lebih merasa keberadaan Allah. Kita akan merasa bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita dan Allah sentiasa memerhatikan setiap dari gerak-geri kita.

Wallpaper computer dan hanphone kita juga boleh dihiasi dengan kalimah Allah. Tapi, Jangan pula kita masuk ke dalam tandas dengan handphone yg mempunyai kalimah Allah..Kita juga boleh menggantung kalimah Allah atau menampalnya di dalam kereta kita. Fikirlah mana-mana tempat lain yg boleh kita hiasi dengan kalimah Allah agar kita sentiasa mengingatinya.

Saudara dan saudari yg dikasihi kerana Allah sekalian,

Ingatlah iklan Allah ada di mana-mana. Bila kita nampak masjid kita ingat solat, bila kita nampak kubur kita ingat kematian, bila Nampak rumah orang-orang kaya kita Nampak syurga Allah yg jauh lebih hebat dari itu dan bila kita lihat alam serba nan indah (langit nan biru, pohon nan rendang,laut yg terbentang luas, bukit-bukau yg gah berdiri dan yg sewaktu dengannya) kita akan ingat akan kekuasaan Allah yg Maha Pencipta.

melihat masjid mengingatkan kita tentang solat


lautan yg luas bukti kekuasaan Allah

bukit-bukau tanda keagungan Allah yg Maha pencipta

Subhanallah, Maha suci Allah..segala puji hanya bagiMu ya Rabb..

kubur kata mari rumah kata pergi, ingatlah bahawa umur bukan ukuran kematian

Subbhanallah, Begitu banyak iklan Allah, cuma kita yg tak perasan.

Sunday, July 5, 2009

* SeiNdah MawaR BerDuri *



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Apa khabar kalian? semoga sentiasa di bawah perlindungannya...amin

buat entry kali ini, ana hanya ingin berkongsi sebuah kisah yg diberi tajuk "seindah mawar berduri"

Suatu ketika, ada seseorang pemuda yang mempunyai sebuah tunas pohon mawar. Dia ingin sekali menanam tunas itu di kawasan belakang rumahnya. Peralatan menanam, baja serta pasu untuk pohon mawar tumbuh berkembang dengan segera disiapkan.

Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinaran matahari. Dia berharap, tunasnya ini dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya tunas pohon mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dijaganya pohon itu. Tidak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera dibuangnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah kelihatan putik bunga itu. Kelopaknya tampak mulai merekah, walau war

nanya belum terlihat sempurna.

Pemuda ini merasa gembira, kerja kerasnya selama ini mulai membuahkan hasil. Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Dia kelihatanhairan, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Dia menyesali akan mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya.


Pemuda itu mula berkata dalam hati, "Mengapa dari bunga seindah ini, terdapat
banyak sekali duri yang tajam? Tentu ianya ini akan menyukarkanku untuk menjaganya nanti. Setiap kali ku rapikan, selalu sahaja tanganku terluka. Selalu sahaja ada bahagian dari kulitku yang terguris. Ah... .pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tidak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri penganggu ini."

Lama kelamaan, pemuda ini tampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Dia mulai tidak ambil peduli. Pohon Mawarnya tidak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang.Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu.
Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan tidak bermaya. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun berguguran dan layu.


Jiwa manusia, adalah juga seperti kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Seperti taman-taman berbunga, sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, ramai dari kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh. Ramai dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak kedudukan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tidak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya perkara-perkara yang melukai yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk "menyirami" perkara-perkara baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tidak pernah memahami potensi yang kita miliki.

Ramai orang yang tidak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Ramai orang yang tidak menyedari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lainlah yang kadang harus menunjukkannya.

Jika kita dapat menemukan "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita, akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita.

Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri yang muncul. Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang ditawarkannya, adalah seperti ketenangan air telaga yang menenangkan kerumitan hati.


Mari, kita temukan "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tetapi janganlah kerananya membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan terguris dan terluka, tetapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa.

Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaanNya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadibenih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh - kembangkannya di dalam taman-taman hati kita.

~WaRkaH Buat Kalian~