Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...Segala puji bagiMu Ya Rabb atas belas ihsanMU kerana masih memberi peluang dan ruang buat kami agar dapat menikmati nikmat iman dan islam...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang sentiasa dirindui, para ahli keluarga, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...
Suka ku membanding bezakan diri kita dengan objek berhampiran dengan kita dan yang sering kita gunakan. Entri sebelum ini ku pernah kongsikan bahawa Rasulullah mengatakan kita ini ibarat cermin bukan? Hmmm, pada kali ini satu lagi analogi yang ingin ku kongsikan bersama kalian. Kita ini ibarat pinggan...Ya sahabat-sahabat..kita ini ibarat pinggan...
iyee...tak percaya? Aha, Jom teruskan membaca!
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih, cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Permata: Menjadi pinggan yang cantik dan bersih? atau yang kotor dan busuk? atau yang telah pecah berderai? Kalian yang memilih...
perumpamaan yg jarang digambarkan oleh kita...
ReplyDeleteteruskan mencari perumpamaan yg lain..
syukran~ ana anggap ia sbg peniup smgt..:)
ReplyDeleteSalam ziarah,
ReplyDeleteAnalogi yg menarik...