Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...Syukur padaMu ya Rabb atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. Kami sedar ya Allah segalanya yang Kau kurniakan hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan Engkau Ya Rabb...Selawat dan salam ke atas utusanNYa yang terpilih, ahli keluarga, para sahabat dan tabi'-tabi'in semuanya...
Sebenarnya, aku kini dalam mood yang kurang stabil. Perasaan bersalah menguasai diri ini. Duhai hati, bersabarlah. Semua ini hanya sedikit.Tanda kasih sayangNya. InsyaAllah segalanya akan berlalu pergi nanti. Bukankah Allah berfirman: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.[94: 5&6] Subhanallah... Dalam ayat tersebut Allah memujuk hati-hati kita.
Aku juga turut rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi azam ku untuk mengupdate blog ini setiap hari. Azam hanya tinggal azam? azam sekadar azam? Arghhh...tidak. Bukan ku sengaja membiarkan laman ini kosong tanpa perkongsian. Duhai teman, ketahuilah jauh dari sudut hati ini ingin sekali mengupdate blog ini setiap hari. Namun, ada saja yang menghalang. Maka, aku akur bahawa sesungguhnya, kita merancang, Allah juga merancang. Namun Allah adalah sebaik-baik perancang.
Tika ini, sesungguhnya aku dihimpit dengan kesibukan yang amat. Jadual ku amat ketat. Telah ku isikan masa-masa lapang ku dengan pelbagai aktiviti yang minta dihadiri, diselesaikan dan dilaksanakan. Namun ku bahagia. Kerana sesungguhnya masa-masa ku terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan doaku moga semuanya membuahkan sesuatu yang bermakna dan tentu sahaja ku butuh RedhaNya.
Teringat kisah Saad Bin Muaz. Beliau memeluk Islam tika umurnya 31 tahun dan meniggal ketika umurnya 37 tahun. Beliau hanya sempat menjalani hidup sebagai umat Nabi Muhammad SAW 6 tahun sahaja.
Ketika hari kematiannya, baginda Rasulullah SAW bersabda: "Arasy Allah bergegar kerana hilangnya seorang mukmin yang memberi manfaat kepada Allah dan kepada Islam".
Subhanallah...Sepanjang 6 tahun hidup sebagai umat Islam, Saad bin Muaz memanfaatkan sepenuh masanya melakukan amal-amal soleh yang memberi manfaat kepada diri dan Islam. Hanya 6 tahun! Subhanallah...Allahu Akbar...
Permata: Adakah kita mampu menjadi seperti Saad bin Muaz? Adakah sepanjang usia kita kini telah menyumbangkan sesuatu buat Agama Allah? Usia kita di mana kita perhabis?
Permata lagi: Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. Peringatan khusus buat diri ini dan amnya buat kalian semua...
lagi lagi Permata: Setuju dengan ustaz Hasrizal, Erti hidup pada memberi...renung-renungkanlah dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment