Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...Tatkala menatap majalah Mengkuang IPG Kampus Tuanku Bainun, sungguh ku tidak meyangka karyaku telah dimuatkan di dalamnya. Sesungguhnya ku menulis puisi itu adalah kerana cadangan dan juga desakan seorang sahabat...lalu ku menulisnya...
Dan tanpa ku sangka, karyaku kini telah termaktub dalam majalah Mengkuang edisi 7 (2009). Maka kini, dengan berbesar hati ku ingin berkongsi bersama kalian bait-bait kata yang kunukilkan itu..khas buat bakal guru...
~WAHAI BAKAL GURU~
Wahai bakal guru,
sedarkah kau tanggungjawab
yang menantimu amat berat,
tapi kau masih leka dan alpa.
Wahai bakal guru,
mengapa kau masih leka dan alpa,
padahal di bahumu ada amanah
yang bakal dipikul.
Wahai bakal guru,
sedarkah kau dirimu amat diperlukan,
Untuk memanusiakan manusia.
Wahai bakal guru,
mengapa kau masih di tapak yang lama,
padahal kau tahu hakikat amanah itu.
Wahai bakal guru,
Anak bangsa menantikanmu,
Agama dan negara memerlukanmu.
Bangunlah wahai bakal guru,
bangkit dari tidurmu,
sedarlah dari kelekaan dan kealpaanmu,
keluarlah dari kepompong keselesaanmu.
Wahai bakal guru,
Jika seorang penulis produknya adalah buku,
jika seorang pelukis produknya adalah lukisan yang indah,
jika seorang arkitek produknya adalah bangunan yg tersergam megah
Tapi kau wahai bakal guru,
Produkmu nanti adalah manusia yang berjaya,
manusia yang bersahsiah terpuji,
Dan manusia yang berguna
pada agama, bangsa dan negara.
Mampukah kau membentuk dan mendidik mereka?
Bersediakah kau menempuh segala cabaran kerananya?
Fikir dan tanyalah pada dirimu,
Kerana kaulah bakal seorang guru.
Permata: Ya Allah, permudahkanlah perjalananku meniti cita-citaku...
No comments:
Post a Comment