Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...segala puji bagiMU ya Rahman... Subhanallah.. Maha suci Engkau Ya Rahim...Allahu Akbar...Maha Besar Engkau Ya Allah...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para tabi'in semuanya...
Kematian suatu yang pasti bukan? Namun tidak ramai dari kalangan kita yang sentiasa zikrul maut. dan tidak ramai juga yg sentiasa bersedia menghadapinya yakni MATI.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "maut itu sudah cukup sebagai nasihat".
Subhanallah...jadi mengapa kita tidak mengambil pengajaran darinya?
Saban hari, banyak nyawa yang telah kembali menemuiNYa... baru-baru ini Sultan Johor juga sudah kembali kepadaNYa. Dan ramai lagi yang pulang kerahmatullah pada setiap hari di seluruh pelusuk dunia ini.
Kita bila pula?
Namun yang pasti, kita juga bakal menemuiNYa...Mungkin sebentar sahaja lagi, mungkin juga besok. lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan yakinlah kematian itu pasti tiba bila2 masa. Tidak cepat dan tidak juga lambat jika Allah menginginkannya.
Dan ketahuilah, bahawa seseungguhnya pulangnya manusia ke pangkuan Ilahi dengan pelbagai cara. Ada yang pulang dalam keadaan tenang,dalam tidur contohnya, ketika sujud padaNya, ada juga yg kemalangan, kerana bencana alam, kerana sakit dan sebagainya.
KIta pula bagaimana nanti?
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhintungan tetapi dia masih mengumpulkan harta.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa.
Aku hairan kepada mereka yang terhadap kehidupan di akhirat tetapi masih beristirehat.
Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.
Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.
Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.
Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.”
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah).
Permata: Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment