Wednesday, July 15, 2009

:~ Rindu PaDAmu~:

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..bersyukur padaMU ya Rabb...dengan segala nikmat kurniaanMU...Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabi' tabi'in...

Rindu padamu ya Rasulullah....

Ya Rasulullah s.a.w Kekasih Allah... Jatuh air mata ummat mu ini bila setiap kali mengenangkan Dirimu... Setiap kata-kata mu, kasih mu, cinta mu, rindu mu pada ummat mu hingga ke saat akhir riwayat mu.. disaat Izrail, dan Jibrail disisi mu, kau (Rasulullah s.a.w) masih menyebut ttg umat mu.. ''ya ummati, ya ummati..'' dirimu masih meminta kebaikan dan kesenangan buat ummatmu di sana kelak.

Sedangkan...Ummat mu kini... ya Rasulullah... .sedih dan pilu hati ku melihat ada dalam kalangan saudara2 ku sedikit pun tidak mengingati mu.. kalau pun ada cuma segelintir cuma. Malunya Diri ini padamu Ya Rasulullah.... Mulianya kepribadianmu Ya Rasulullah... sungguh mulia. Ya Rasulullah berikan lah syafa'at mu... pada ku... yang hina ini... demi mengharap keredhaanNYA...

"Ya Rasulullah S.A.W duhai Kekasih Allah..Alangkah indahnya Seandainya diriku dapat bersama-sama mu memperjuangkan islam... Ya Rasulullah ku relakan demimu... ku rela JasaD ku Dihunus kejam meskipun dengan hujung pedang yang tajam.. Demi mu dan Allah.. ku Rela mati dihujung kalimah ''LA ILAHA ILLALLAH... MUHAMMADDAR RASULULLAH... ''


:~ Detik KeWafaTaN RasuluLLaH ~:

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang berseru mengucapkan salam. ‘bolehkah saya masuk?’ tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkan masuk, “Maaflah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemui ayahandanya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “siapakah itu wahai anakku?”

“tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini ku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang mengahampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil lah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku di hadapan Allah?”, Tanya Rasulullah dengan suara yang mat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat tela menanti rohmu. Semua syurga terbuka luas menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khuatir wahai Rasulullah aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik pemergian Rasulullah semakin dekat, saatnya Izrail menjalankan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah besimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini.’

Perlahan Rasulullah mengadu.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunuduk semakin dalam dan Jibril memalingkan mukanya.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

“Ya Allah, dahsyatnya maut ini. Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

Yang bermaksud; peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW mengucapkan; Umatku, umatku, umatku...

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Yg membawa kita keluar dari kepongpong kegelapan dan kezaliman kepada nur iaitu cahaya kebenaran.

Kini, mampukah kita mencintai dirinya seperti betapa cintanya Rasulullah kepada kita?


Monday, July 13, 2009

MeNangiS...MeNangis...dan MeNanGislaH..!


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang....
Alhamdulillah...hari ini dapat keputusan MUET..syukur padaNya walaupun tak dapat keputusan yg cemerlang...namun, syukur tetap kupanjatkan padaNya...

Apa khabar kalian? moga sentiasa berada di bawah perlindunganNya...Salam luar biasa bagus dan hebat sekali..(tempias penulisan DR HM TUAH) Moga dikurniakan kesihatan yg baik demi menjalani kehidupan ini...kehidupan yg memerlukan semangat juang yang tinggi..mujahadah yg tinggi...Demi memburu cinta ILahi..Salam Perjuangan!

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?hmm...dulu masa zaman sekolah..bila ada program je mesti ada satu malam tu atau pun satu sesi muhasabah...tol tak? masa tu la masing2 "kena basuh". Selalunya mesti akan sentuh perihal dosa an ibubapa..maka mengalirlah air mata bersama penyelesalan...tapi ada je yg tak menangis...ntah la..tidur kot..atau tidak terkesan pada mereka...wallahu a'alam

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

* Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

* Menangis kerana rasa takut.

* Menangis kerana cinta.

* Menangis kerana gembira.

* Menangis kerana menghadapi penderitaan.

* Menangis kerana terlalu sedih.

* Menangis kerana terasa hina dan lemah.

* Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

* Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

* Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau drama
serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.


Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1. Apabila dahinya berpeluh.


2. Air matanya berlinang.


3. Hidungnya keluar cecair.


Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin...


Friday, July 10, 2009

~:: 1 TaMparaN 3 JawaPaN ::~


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Assalamualaikum..apa khabar kalian? Doaku moga kalian semua sentiasa berada dalam keaadaan sihat wal afiat di bawah perlindunganNya dengan naungan nikmat iman dan islam kurniaanNya. Amin ya Rabbal Alamin...

Alhamdulillah...setelah dua hari menyepi kerana kengkangan waktu dan himpitan tugas, ana masih diberi waktu dan kelapangan untuk sama-sama berkongsi pandangan dan idea bersama kalian. Semoga mendapat redha dan rahmatNya..amin..

Untuk entri kali ini, ana mahu berkongsi bersama kalian sebuah kisah. Ana yakin dan pasti ada diantara kalian yg pernah medengar atau membaca kisah ini di mana-mana...

Sama-samalah kita menghayati dan mengambil pengajaran dari kisah ini..Semoga mendapat manfaat dan iktibar darinya....amin..

Al-kisah seorang pemuda yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar negara.Dia meminta orang tuanya mencarikannya seorang guru agama,ustaz atau sesiapa saja yang boleh menjawab 3 soalannya.org tuanya pun segera mendapatkan orang itu..

Pemuda : Anda siapa dan mampukah jawab soalan-soalan saya??

Ustaz : Saya hamba Allah dan hanya dengan izin-Nya dapat saya menjawab soalan anda.

Pemuda : Anda yakin,sedang Professor dan banyak org pintar pun belum tentu dapat menjawab soalan saya.

ustaz : Saya akan cuba selagi termampu.

Pemuda : Saya mempunyai 3 soalan.

1. Kalau benar Tuhan itu ada,tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.

2.Apakah yang dinamakan takdir?

3.Kalau Syaitan dicipta dari api, Kenapa dimasukkan ke neraka yang juga diperbuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat Syaitan. Ini kerana kedua-duanya adalah dari unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu??

Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi Pemuda tersebut.Pangggg....

Pemuda(sambil menahan sakit) : Kenapa,anda marahkan saya??

Ustaz : Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan kepada 3 Soalan saudara tadi.

Pemuda : Maafkan saya,tapi saya tidak faham.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya??

Pemuda : Tentu saja saya merasa sakit.

Ustaz : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada??

Pemuda : Ya.

Ustaz : Tunjukkan pada saya sakit itu!

Pemuda : Saya tak boleh.

Ustaz : Itulah jawapan soalan pertama, kita semua merasakan keberadaban Tuhan tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Ustaz : Adakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Itulah dinamakan Takdir.

Ustaz : Tangan saya yang menampar awak tadi diperbuat dari apa??

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Pipi anda pula diperbuat dari apa??

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya??

Pemuda : Sakit.

Ustaz : Walaupun Syaitan diperbuat dari api dan Neraka juga diperbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk Syaitan.


"Sebijak manapun seorang manusia itu..Teramat Bijaksananya Allah"

~WaRkaH Buat Kalian~