Monday, July 26, 2010

~ AwaS, berHati- haTi DeNGaN AmaNaHmu! ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi'-tabi'in dan semuanya...

Sudah beberapa hari kubiarkan laman ini sunyi tanpa perkongsian. Bukan ku sengaja duhai sahabat..ada perkara lain yang lebih butuh akan kudratku.

InsyaAllah hari ini ku ingin kongsikan sebuah kisah yang mahsyur ku kira. Namun, ku ingin kongsikan jua di sini kerana ia bisa menjadi peringatan kepada yang sudah tahu dan perkonngsian baru kepada yang belum tahu. tak gitu?

Baik..ayuh teruskan pembacaan..Hayati dengan sepenuh hatimu dan ambillah iktibar daripadanya...InsyaAllah ia akan membuahkan sesuatu yang bisa kalian bawa pulang usai menziarahi blogku ini.

tersebutlah kisah...

Ibrahim bin Adham adalah seorang raja yang sangat besar kuasanya. Oleh kerana kehidupannya yang mewah dan serba cukup tidak membawa ketenangan kepada jiwanya lalu beliau akhirnya memilih untuk hidup sebagai rakyat biasa dengan mengambil upah sebagai tukang kebun. Kebun yang dijaga oleh beliau itu banyak pokok-pokok delima. Dia menjaga kebun itu dengan patuh dan rajin.

Suatu hari, datanglah tuan kebun itu dan meminta Ibrahim membawakan sebiji delima yang masak lagi manis kepadanya. Ibrahim pun segera ke poko-pokok delima yang paling masak. Apabila tuannya merasa delima tersebut, air mukanya berubah lalu berkata "Wahai Ibrahim, tolong bawakan kepadaku buah delima yang paling manis". Sekali lagi Ibrahim pergi mencari buah delima yang lain tanpa mengetahui mengapa tuannya menyuruh dia mengambil sebiji lagi.


Setelah buah yang diberi dimakan oleh tuannya, tiba-tiba tuannya membuang buah delima itu. Dek kerana terlalu marah sebab buah delima yang dimakannya masih masam, dia pun berkata dengan suara yang keras "wahai Ibrahim, hairan sekali aku melihat engkau. Sudah begini lama engkau menjaga kebunku, tidakkah engkau tahu yang manis ataupun yang masam?".

Ibrahim berkata "Tuan, bukankah saya diamanahkan untuk menjaga kebun supaya subur dengan buah-buahan tetapi tuan tidak memberi keizinan pada saya untuk merasa buahnya".

Betapa terkejutnya tuan kebun itu apabila mendengar jawapan tersebut. Tidak diduga sama sekali akan besarnya amanah yang ada pada tukang kebun itu dan betapa amanahnya dia terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Permata: Amanah itu berat sekali...menjaganya tidak mudah wahai diri...mengabaikannya balasan dariNya menanti...

Thursday, July 22, 2010

~ KiSaH seRam Si PemaNciNG ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebuah kisah seram untuk dikongsi bersama...(kepada yang ada sakit jantung digalakkan baca...)

Ajis (bukan nama sebenar) memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi, kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari, masa minum kat kedai Pak Ngah Jiman ( juga bukan nama sebenar), Ajis terdengar rakan-rakan kampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh dan pendalaman sungai tu lebih kurang 5km dari kampung itu, dekat tepi pinggir sungai.

Tengah hari itu, Ajis da bersiap nak pergi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet. Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang (abih semua lagu dibelasahnya. Jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak solat zohor lagi tadi dan dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat zohor.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan sungai kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa-gesa sebab waktu zohor dah hampir habis.

Masa Ajis dirakaat kedua, Ajis tiba-tiba mendengar suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "hish, sapa pulak yang tergelak-gelak tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa. Ajis tak sedap hati. Ini surau tinggal ke, sebab dah uzur sangat dan alahai...sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyyat terakhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai dagu, tiba-tiba Ajis tersedar...

Hehehe..huhu..hee..hahaha...(lebey2 pulak gelak)

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat asar duk gelakkan dia sebab Ajis solat pakai helmet, patut ler kepala dia berat semacam. ish3...

Terus Ajis blah macam tu je, tak jadi pi memancing, dia patah balik umah je. Solat Asar kat umah sendiri jer la jawabnya...

Permata: Sahabat2...Ambil lah pengajaran dari kisah ini..Solatlah di awal waktu...


" Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

" Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

Tuesday, July 20, 2010

~ TugaS SiaPakaH itu? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb..yang masih memberiku peluang tuk bernafas di muka bumiMU...Dua minggu ini diriku disibukkan dengan pelbagai perkara. Namun, doaku moga segala urusan ku dipermudahkan... Tuk kali ini hanya suatu cerita yabg ingin ku kongsikan bersama kalian..bacalah dan hayati...

Ini adalah cerita tentang empat orang yang bernama SEMUA ORANG,
SESEORANG, SIAPA SAHAJA & TAK SEORANG PUN.

Ada tugas penting untuk dikerjakan dan SEMUA ORANG diminta
melakukannya.
SEMUA ORANG yakin bahawa SESEORANG akan melakukannya.
SIAPA SAHAJA boleh melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang
melakukannya.
SESEORANG menjadi marah tentang itu, sebab ini tugas
SEMUA ORANG.

SEMUA ORANG menganggap bahawa SIAPA SAHAJA dapat
melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang menyedari
bahawa SEMUA ORANG tidak akan melakukannya.

Akhirnya, SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG ketika
TAK SEORANG PUN melakukan apa yang boleh dilakukan oleh
SIAPA SAHAJA.

Tugas siapakah itu??? (Altalib, 1999)

Permata : Siapa boleh jawab angkat tangan! dan tinggalkan komen (~_^)

~WaRkaH Buat Kalian~