Thursday, February 11, 2010

~ BerdoaLaH TanPa Jemu ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah untukMu ya Rabb... yang tidak pernah jemu mendengar keluhan dan rintihan dari pada hamba-hambaMu..Selawat dan salam buat utusanNYa yang mulia, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'-tabi'in...

Subhanallah...dalam meniti hari-hari yang berlalu, terlalu banyak perkara yang sangat menyentuh jiwaku kebelakangan ini. Masakan tidak, dalam beberapa hari ini ku rasakan diri ini begitu lemah. Bibirku pula tanpa segan asyik mengeluh.

"Penatnya ya Allah..."
" Da tak larat da ni..."
" Subhanallah, padatnya jadual..."

Astaghfirullah...Ya Allah, seharusnya aku bersyukur padaMU kerana memilih aku tuk berada di jalan ini. Kerana memberiku peluang menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Tidak membiarkanku leka dan alpa. Namun, terkadang kehendak bibir tuk meluahkan rasa tidak dapat ku tahan. Ampunkan aku ya Rabb...

Ya Allah...hambaMu ini sangat lemah. Justeru, hanya padaMU tempat ku mengadu. Tidak akan ku sia-siakan senjata yang telah Kau berikan kepada semua hambaMu yang bergelar mukmin.

DOA..Tiada siapa bisa membajak bajanya, sedangkan hasilnya sedang kita tuai saban waktu. Subhanallah...Para anbia tidak pernah lekang dengan doa. Para sahabat tidak pernah pincang dengan doa. Para tabi'in tidak pernah curang dengan doa. para ulama tidak pernah renggang dengan doa.

Maka, ayuhlah sematkan percaya dalam sanubari bahawa Allah SWT itu ada dan sedang mendengar keluhan hambaNya tanpa mengira siapa kita.

Peganglah janji Allah...
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus-menerus berdoa" [ Hadis riwayat Al-Auza'i]

Permata: Teruslah berdoa tanpa jemu kerana doa memang untuk kita...Bukti kebergantungan diri padaNya..

Saturday, February 6, 2010

~ BantuLaH Aku ya Rabb~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...hari ini ku berkesempatan untuk mengupdate blog ni setelah ku tinggalkan blog ini selama beberapa hari kerana tuntutan perkara-perkara lain yang lebih butuh komitmen dariku.

Malam 4 Februari 2010 telah melakarkan sejarah besar dalam hidupku.

"Menjana Fikrah Insani, Menjulang Izzah Islami". Merupakan tema Muktamar Sanawi kali pertama dan Malam Rejuvinasi Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali 2010. Program ini adalah julung-julung kalinya diadakan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Pada malam muktamar itu, Pimpinan BKS telah bertukar tangan kepada kepimpinan yang baru. Subhanallah...perlantikan rasmi sebagai Pegerusi HEWI akan sentiasa tersemat di dalam sanubari ini.

Tika perlantikan itu, air mataku gugur jua akhirnya. Sungguh ku terasa sangat lemah tika itu. Tanpa ku sedari air mataku berlinangan dan terus berlinang...Sehinggalah akhirnya, kak Nurul memeluk lantas lembut memujukku dengan berkata: "sayang, kita belum pun berjuang lagi." Subhanallah, Kini di bahuku terpikul suatu amanah yang akan kuperjuangkan dengan sepenuh kudratku...mampukah aku? terasa amanah itu sangat berat...Ah, usah dilayan rasa tidak mampu itu. Ya Allah bantu hambaMU ini...

Namun, ku cepat memujuk diri ini, merenung kembali kalamullah bukti cintaNYa pada sekalian hamba-hambaNya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[surah assaf 61:10-11]

Permata: Ya Allah, permudahkan segala gerak kerjaku dalam membantu menegakkan agamuMU ya Rabb...

Tuesday, February 2, 2010

~ BeriLah ManFaat ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Syukur padaMu ya Rabb atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. Kami sedar ya Allah segalanya yang Kau kurniakan hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan Engkau Ya Rabb...Selawat dan salam ke atas utusanNYa yang terpilih, ahli keluarga, para sahabat dan tabi'-tabi'in semuanya...

Sebenarnya, aku kini dalam mood yang kurang stabil. Perasaan bersalah menguasai diri ini. Duhai hati, bersabarlah. Semua ini hanya sedikit.Tanda kasih sayangNya. InsyaAllah segalanya akan berlalu pergi nanti. Bukankah Allah berfirman: Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.[94: 5&6] Subhanallah... Dalam ayat tersebut Allah memujuk hati-hati kita.

Aku juga turut rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi azam ku untuk mengupdate blog ini setiap hari. Azam hanya tinggal azam? azam sekadar azam? Arghhh...tidak. Bukan ku sengaja membiarkan laman ini kosong tanpa perkongsian. Duhai teman, ketahuilah jauh dari sudut hati ini ingin sekali mengupdate blog ini setiap hari. Namun, ada saja yang menghalang. Maka, aku akur bahawa sesungguhnya, kita merancang, Allah juga merancang. Namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tika ini, sesungguhnya aku dihimpit dengan kesibukan yang amat. Jadual ku amat ketat. Telah ku isikan masa-masa lapang ku dengan pelbagai aktiviti yang minta dihadiri, diselesaikan dan dilaksanakan. Namun ku bahagia. Kerana sesungguhnya masa-masa ku terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan doaku moga semuanya membuahkan sesuatu yang bermakna dan tentu sahaja ku butuh RedhaNya.

Teringat kisah Saad Bin Muaz. Beliau memeluk Islam tika umurnya 31 tahun dan meniggal ketika umurnya 37 tahun. Beliau hanya sempat menjalani hidup sebagai umat Nabi Muhammad SAW 6 tahun sahaja.

Ketika hari kematiannya, baginda Rasulullah SAW bersabda: "Arasy Allah bergegar kerana hilangnya seorang mukmin yang memberi manfaat kepada Allah dan kepada Islam".

Subhanallah...Sepanjang 6 tahun hidup sebagai umat Islam, Saad bin Muaz memanfaatkan sepenuh masanya melakukan amal-amal soleh yang memberi manfaat kepada diri dan Islam. Hanya 6 tahun! Subhanallah...Allahu Akbar...

Permata: Adakah kita mampu menjadi seperti Saad bin Muaz? Adakah sepanjang usia kita kini telah menyumbangkan sesuatu buat Agama Allah? Usia kita di mana kita perhabis?

Permata lagi: Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. Peringatan khusus buat diri ini dan amnya buat kalian semua...

lagi lagi Permata: Setuju dengan ustaz Hasrizal, Erti hidup pada memberi...renung-renungkanlah dan selamat beramal...

~WaRkaH Buat Kalian~