Tuesday, November 3, 2009

~ Ku SaYaNG KaLIaN.. ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...ya Allah, tiada kata-kata pujian yang dapat membalas segala belas Ihsan dan sayangMU pada kami hambaMu yang kerdil ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, para sahabat, para tabi'-tabi'in...

Semalam...kami usrah pilihan telah mengadakan liqa' di surau Al-Ghazali selepas Isyak. Terubat sedikit rinduku pada mereka. Sesungguhnya sudah lama kupendam perasaan rindu ini. Allah...jiwang la pulak...hee


Hmmm, memang sudah lama kami tidak berkumpul begini dek kerana kengkangan waktu, assignment dan amanah-amanah lain. Argh... Itu semua hanya alasan!

Alhamdulillah, semalam tercapai juga hasratku dan Kak Nurul untuk mengadakan liqa' walaupun esok nak exam da. Ku sengaja meminta Kak Nurul mempengerusikan liqa' kami kerana bagiku, dia lah yang amat sesuai pada masa ini untuk memimpin perjalanan liqa' itu.

Liqa' kali ini bermula dengan tilawah dan tadabbur 3 ayat akhir daripada Surah Al-Baqarah. Seterusnya sesi muhasabah diri dan koreksi diri semula. Tentang usrah dan ukhuwah. Ya, memang liqa' kali ini Kak Nurul sengaja fokuskan kepada 2 perkara itu. 2 perkara yang amat penting sebenarnya.

Usrah...
Ah...rupa-rupanya kami masih belum betul2 berpegang dengan 3 rukun usrah itu. Belum cukup taaruf, belum lagi ada tafahum antara kami semua dan belum sampai ke tahap takaful. Mungkinkah kerana kurangnya liqa' antara kami. Duduk 1 blok, tapi mengapa rasa sangat jauh. Dekat tapi jauh... Ya Allah, di mana silapnya? Maka, setelah sama2 muhasabah diri semalam, jauh dari sudut hatiku, ku tanamkan azam yang tinggi untuk benar2 mengenali dan menghargai mereka, kerana mereka adalah anugerah Allah buatku. Akan kuusahakan agar usrah ini terikat dengan amat kuat. Akan kuusahakan agar kami dekat dan rapat. InsyaAllah... Sahabat...sama2 kita usahakan!

Ukhuwah...
Ukhuwah fillah abadan abadaa...Sesungguhnya ku amat sayang ukhuwah yang terjalin antara kami1 usrah pilihan. Namun, ku mengakui kelemahan diri ini. Ku tahu ada antara mereka yang belum merasai kemanisan berukhuwah denganku. Ada yang mersa jauh denganku. Salahku mungkin. Kerana kurangnya ziarah mahabbah, kerana jarangnya berjumpa. Ah, sekadar bertukar senyuman tika bertemu tidak cukup. Sahabat...Maafkan diri ini kerana mengabaikan kalian tanpa sedar. Maafkan aku....

Permata: Aku sayang kalian.. teramat sayang.. Moga selepas ini ukhuwah kita makin erat. Jangan biarkan kita renggang lagi walaupun seketika cuma. Ya Allah eratkanlah hati-hati kami. amin...

Monday, November 2, 2009

~ KhaS BuaT kaLiaN...WaHai Da'ie ~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji bagiMu ya Rabbul 'Alamin...Selawat dan salam buat kekasihMu ya Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Seawal 1.05 pagi tadi, ku menerima sms daripada seorang kakak usrahku, Kak Suriati yang tidak pernah mengabaikan kami adik-adik usrahnya, yang sentiasa mengingati kami akan tanggungjawab berada di bumi Allah yang fana ini.

Pada entri kali ni, ku sengaja ingin berkongsi sms darinya bersama kalian...

Jalan dakwah merupakan jalan yang mulia, dan ia hanya mampu dipikul oleh orang-orang yang mulia ( Syaikh Abdullah Azzam )

Berjuanglah untuk mengejar akhirat tanpa melupakan dunia (28:77)
Firman Allah : Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamudan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Korbankan harta, masa, perasaan dan keinginanmu demi dakwah Islam, walaupun berat kakimu melangkah. (9:41)
Firman Allah: Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Kerana sesungguhnya bukan semua yang kau sukai baik untukmu ( 2:216)
Firman Allah: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenang sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Berjihadlah dengan ikhlas wahai Da'ie, Allah akan menunjukkanmu jalanNYa ( 29:69)
Firman Allah: Dan orang-orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya Dia sentiasa memerhatikan dakwahmu (9: 105)
Firman Allah: Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".


p/s: "Barang siapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH maka dia adalah da'ie". Ingat, kalian semua adalah para da'ie.. Teruskan perjuangan...! Sesungguhnya dakwah tiada henti. La takhaf wa la tahzan! Innallaha ma'anaa...

Permata: syukran jazilan buat Kak su atas sms yang sangat memberi kesan pada diri ini. Uhibbuki fillah. InsyaAllah abadan abadaa...

Sunday, November 1, 2009

~ Masa, mEnGaPa DiPeRSia? ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Bersyukur kita kepada Pemilik sekalian alam ini. Dengan rahmat, inayah dan belas ihsanNYa kita masih disini, masih menghirup udara kurniaanNYa, masih menikmati nikmat iman dan islam...Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Saban hari masa berlalu, berlalu dan berlalu pergi...Namun, adakah kita memanfaatkan seluruh masa itu dengan sebaiknya? atau adakah kita sering leka dan alpa kemudian terus membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja? Padahal kita masing2 sedar bahwa masa itu amat berharga. Kita juga tahu masa yang sudah berlalu itu tidak akan dan tidak mungkin sama sekali dapat kembali. Jadi mengapa masa itu dipersia?

Bukankah Allah telah bersumpah demi masa?

Fiman Allah: Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. ( Surah Al-'Asr )

Nah, sudah termaktub bukan? Sudah jelas, terang lagi bersuluh bahawa kita manusia ini dalam kerugian melainkan mereka yang telah dinyatakan dalam surah Al-'Asr itu. Jadi, apakah kita mahu menjadi manusia yang berada dalam kerugian? manusia yang muflis? manusia yang bankrap?

Adakalanya kita merasa sangat sibuk. Adakalanya kita merasa masa 24 jam dalam sehari itu tidak cukup. Adakalanya kita merasa masa berlalu dengan amat pantas. Namun, adakah masa itu digunakan sebaiknya?

Ayuh kita hisab diri semula...!
Berapa jam yang telah dikhususkan buat Allah?
Berapa jam pula untuk menegakkan agama Allah?
Berapa jam yang diperuntukkan untuk Jihad Fi Sabilillah?
Berapa jam untuk keluarga tersayang?
Berapa jam buat sahabat seperjuangan?
Berapa jam buat saudara seaqidah?
Berapa jam buat memperbaiki diri dan membantu diri sendiri?


Ayuh, bangkit dan keluarlah dari kelekaan dan keselesaanmu itu!

~WaRkaH Buat Kalian~