Monday, October 12, 2009

~ DaLam KenaNGaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. ada juga rezeki nak uploud gambar sepanjang kem bestari solat anjuran bersama SK Tanah Liat dan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pelbagai telatah dan tingkah laku para pelajar yang mencuit hati dan juga menguji kesabaran... Jom tengok gelagat mereka...hee

Jom pakat naik bas..kami nak p kem ni...

yea..yea...dah sampai...

Sesi pendaftaran...

Ramai tak? Penuh satu surau...

Antara sesi LDK

Ngantuk nya saya....

Amali wuduk...Beratur dan tunggulah giliran anda..hee

Rehat dulu...jom makan!

Praktikal solat..Iktidal..

Ustazah kena serbu...hee

Treasure hant, Ustaz pun kena tinggal dengan anak murid..hee

Alhamdulillah...semoga segala usaha semua pihak dalam menjayakan Kem Bestari Solat ini mendapat redhaNYa.. Terima kasih kepada Pihak SK Tanah Liat dan juga IPGM Kampus Tuanku Bainun kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kem ini.

Sunday, October 11, 2009

~ Kem BesTaRi SoLAT~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...akhirnya hari ni aku berpeluang tuk mengupdate blog ini..Rindu nak berkongsi bersama kalian...Minggu ni agak sibuk sedikit kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas adalah merupakan hari kedua aku pergi mengajar. Ya, mengajar Al-Qur'an seperti yang pernah ku beritakan pada kalian. Hmm.. aku sungguh gembira kerana semua anak muridku sangat menghargai kelas mengaji ini. Mereka sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu dan bimbinganku...Untuk kelas minggu ini aku sudah mula mengajarkan ilmu tajwid kepada mereka. Alhamdulillah..

Semalam, hari sabtu 10/10/09 merupakan hari bersejarah yang tidak akan pernah aku lupakan. Hari berlangsungnya kem bestari solat yang melibatkan tahun 2 dan tahun 3 pelajar2 Sekolah Kebangsaan Tanah Liat. Alhamdulillah dengan izinNYa, kem ini berjalan dengan lancar.

Kem bestari solat ini bukanlah suatu program yang kecil kerana ia melibatkan 316 Orang pelajar kesemuanya. Ya, memang penuh la satu surau Al-Ghazali tu... Sebenarnya kem ini telah lama dirancang sejak bulan 8 yang lepas tetapi terpaksa di tangguhkan dek kerana H1N1 yang melanda kampus.

Kem ini telah diadakan di Surau Al-Ghazali IPGM Kampus Tuanku Bainun. Kem ini telah bermula agak lewat akibat kelewatan ketibaan semua peserta2 dek kerana tak cukup bas untuk pengangkutan ke tempat berlangsungnya kem iaitu di Surau Al-Ghazali. Jadi, ia telah menyebabkan kem bermula lewat 2jam. Namun, alhamdulillah segalannya berjalan lancar...

Namun, bukanlah tentatif program yang ingin ku kongsikan di sini. Apa yang ingin ku kongsikan adalah betapa susahnya untuk mengawal semua pelajar2 tahun 2 dan tahun 3 ini.

Astaghfirullah... Mereka sungguh menguji kesabaran... Bayangkanlah majoriti mereka adalah sangat nakal dan yang paling menguji kesabaran ialah mereka hanya boleh duduk diam dalam jangka masa 5-10 minit sahaja. Selepas itu..hee mula lah mereka berlari, merengek, bergaduh dan macam2 lagi gaya tersendiri mereka.

Kalau dalam LDK tu jangan cerita la... kita dok suruh depa baca dan ajar bacaan2 dalam solat, tapi ada yang wat dek je, Ada yang mata melilau kat tempat lain, ada pulak yang ambik kertas dalam fail siap wat roket pulak tu dan macam2 lagilah. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan sama sahaja nakalnya.. Sabar ajelah...

Aduh...sakit kepala juga nak melayan mereka tu. Apatah lagi aku ditugaskan untuk menjaga bahagian disiplin. Ya Allah, hanya sabarlah benteng diri tika itu. Alhamdulillah dengan pengalaman yang ada ketika mengajar di tadika dulu ku manfaatkan sebaiknya.

Nak tahu tak? Perkara yang paling susah nak kawal ialah bila nak suruh mereka semua kumpul dan buat barisan mengikut kumpulan masing2. Bayangkanlah ada 40 kumpulan semuanya. 20 kumpulan dari tahun 2 dan 20 lagi dari tahun 3. Bayangkanlah betapa bisingnya mereka diserikan lagi dengan larian2 mereka yang nak berbaris ikut kumpulan. Ya Allah, sampai tak terkawal dibuatnya.

Namun, Alhamdulillah kerana sejak awal lagi kami sudah menjangka ini akan terjadi, maka kami telah bersedia dan telah menetapkan kepada mereka, apabila ada ustaz dan ustazah yang sebut "Takbir!" maka mereka hendaklah menjawab "Allahu Akbar!"

Itulah satu2nya jalan untuk buat mereka tenang dan diam. Kalau tidak, memang riuh la surau tu. Hmmm, Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada kem tersebut tapi inilah salah satunya. Kem ini mengajar erti sabar dalam mendidik.

InsyaAllah, Jika ada kesempatan akan ku upload gambar2 semasa kem ini berlangsung untuk tatapan bersama. Sekian dahulu. Wassalam.

p/s:hanya sekadar perkongsian pengalaman diri yang hina kerdil ini.

Thursday, October 8, 2009

~ PengaLaMan Yg Tidak MuNGkiN ku Lupa~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Pencipta kerana dengan belas ihsanNya kita masih dapat bersua kembali di alam maya ini. Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan tabi'-tabi'in....

Maafkan diriku kerana menyepi seharian...Sesungguhnya semalam merupakan hari yang agak sibuk buatku. Tambahan pula laptopku tidak berapa sihat dan telah dimasukkan ke wad selama 5 hari... Terima kasih kuucapkan kepada roommate tersayang kerana sudi meminjamkan laptopnya untuk ku mengupdate blog kesayanganku ini...Jasamu akan ku kenang (^_^).

Ada satu pengalaman yang ingin ku kongsikan bersama kalian...

Petang semalam, pada pukul 6petang aku dan seorang sahabatku kononnya mahu sama-sama berjoging. Kami pun berjalan keluar la dari kampus. Dalam perjalanan pulang sebelum sampai ke kampus kami telah ternampak 3 ekor anjing, seekor anjing yg agak besar berwarna coklat dan 2 ekor lagi anak anjing yg berwarna hitam berkeliaran di situ. Kami yang hanya berdua ketika itu berasa sangat risau dan takut.

Pada mulanya kami berdua masih memberanikan diri berjalan perlahan-lahan kerana kampus sudah tidak jauh dari kami. Tetibe, seekor anak anjing yang berwarna hitam tadi menyalak dan kemudian diikuti dua anjing itu. Ya Allah, tika itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku...

Kerana nyalakan anjing2 itu, Sahabatku sudah tegak berdiri..dan memegang erat tanganku. Aku juga sudah ketakutan dikala itu lalu kubaca doa berkali-kali. Bayangkanlah anjing2 itu hanya ada lebih kurang 4 langkah sahaja dariapda kami sambil menyalak sekuatnya.

Ya Allah bantulah kami.., Ya Allah berikan pertolonganMu...

Beberapa motosikal yang lalu hanya buat tak tahu saja. Hmmm, tak tahulah mereka sedar ke tak kami berdua da tegak cam tiang kat situ. Takut, kecut, risau dan jantung dah berdegup laju ku rasa ketika itu. Ya Allah...selamatkan kami....!

Tiba-tiba ada sebuah motosikal lalu, aku tidak berapa nampak akan siapakah gerangan dirinya. Namun uncle itulah yang membantu kami. "Ok jalan.." arahnya. Selepas mendengar kalimah ajimat itu, Kami berdua pun apalagi jalan la selaju mungkin. Dalam hati ku ucapkan kesyukuran kerana Allah telah membantu kami...Allah telah menyelamatkan kami...Ya, Dia membantu kami dengan menghantarkan uncle tadi menolong kami...

Ya Allah.. sesungguhnya dari peristiwa ini ku semakin sedar dan yakin.. Hanya kepadaMu lah tempat mengharap..Hanya kepadaMU jualah tempat bergantung...Walaupun ia hanya peristiwa kecil akan tetapi ia sangat mengajarkanku erti pergantungan padaMU ya Rabb...

P/s: Sekadar luahan rasa dan perkongsian pengalaman...

~WaRkaH Buat Kalian~