Tuesday, October 6, 2009

~IniLaH JaLaNku~



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah..selayaknya puji dan syukur buatMu ya Rabb..Syukur hari ini telah usai ujian amali untuk subjek english yang menyumbang 30% dalam final exam nanti. Kini daku hanya menunggu final exam kerana semua assignment sudah disempurnakan. Alhamdulillah...

Usai amali tadi, ku terus buka laptop dan berniat untuk update blog kesayanganku ini. Namun, tatkala terpandang " Terima kasih Karim, Wallahu Akram" yang merupakan tajuk posting terbaru ustaz Hasrizal di saifulIslam.com aku telah mengambil keputusan untuk membaca entri beliau terlebih dahulu.

Allah...sungguh tersentuh hatiku tatkala membaca entri Ustaz Hasrizal itu. Ya, Jalan Dakwah adalah jalan yang penuh onak duri dan pahit. Namun, seharusnya inilah jalan yang wajib dipilih oleh kita semua.

Apa sumbanganmu untuk Islam? Apa yang telah kau lakukan untuk Allah hari ini? Apa yang telah kau usahakan untuk agamamu sepanjang hayatmu ini?

Ya Allah...Siapalah aku di mataMu.. Aku hanya seorang insan biasa.. Namun, ketahuilah ya Allah aku sedang berusaha untuk menjadi orang yang luar biasa hebat. Aku mahu sama-sama menjaga agamaMu ya Allah... Aku mahu sama-sama berusaha menyebarkan dakwah... Aku tidak mahu ketinggalan dalam menyeru kepada kebaikan dan mencengah kemungkaran...

Aku tidak kisah jika nama ku tidak dikenali dan diriku tidak disebut-sebut di duniaMU, namun .. cukuplah namaku hanya dikenali oleh makhlukMu di langit sana...

Ya Rabb... terkadang aku berasa sangat lemah, terkadang aku hampir berputus asa dari terus berada dalam jalan ini..Namun, tatkala terkenangkan usaha kekasihMu Rasulullah...aku merasa sebak, aku merasa sungguh kerdil. aku merasa sungguh hina... Mengapa aku terkadang cepat mengalah? sedangkan aku tidaklah diuji seperti baginda...Ampunkan daku ya Rabb...

Ya Allah.. kan ku terus berdiri dan menyelusuri jalan ini selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, tiupkan ruh dan semangat jihad dalam hati ini..Bantulah hambaMu ini ya Rabb... Hanya kepadaMu tempat ku mengabdikan diri...hanya kepadaMu juga tempat ku mengadu....

Ya, inilah jalanku...jalan penuh onak duri..penuh kepahitan...penuh dugaan...penuh cabaran...

Firman Allah dalam surah Yusof, ayat 108, yang bermaksud:
" Katakanlah, Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang mengikutku, mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik."

~klik pada gambar~

Ya Allah...pimpinlah kami ke jalan yan Kau redhai..Amin..

Monday, October 5, 2009

~CorEtaN Dari Hati~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..baru sahaja usai menduduki amali english tapi esok ada satu lagi iaitu for individual speaking. Hmm, risau jugak al-maklumlah diri ini bukan seorang yang expert in english..Namun, doaku moga dipermudahkan segalanya olehNYa.

Hmmm, sudah tiga hari ku biarkan blog kesayanganku in tanpa entri baru. Rindu...rindu mahu sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan buah fikiran bersama kalian. Maafkan daku duhai teman, bukan niatku membiarkan kalian menanti entri baru muncul terpampang di muka blog ini. Maafkan diri ini... Sesungguhnya, ku juga sangat kesal kerana tidak mampu memenuhi targetku. Ya, sesungguhnya ku punya target yang ingin dicapai. Ku mahu cuba untuk istiqamah dalam mengupdate blog ini.

Sesungguhnya ku yakin dan pasti bahawa blog ini sangat bermanfaat buatku dan juga kalian yang tidak putus2 memberikan sokongan dan dorongan sama ada secara langsung mahupun tidak. Terima kasih atas kunjungan kalian juga pesanan2 dan komen2 dari kalian.

Untuk entri kali ini, ku ingin berkongsi berita gembira bersama kalian...

Jumaat yang lepas, 2 Oktober yang lalu, adalah hari bersejarah buatku..Hmmm, sungguh ku berasa amat bersyukur kerana diri ini adalah antara yang terpilih untuk mengajar mengaji iaitu mengajar Al-Qur'an di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. InsyaAllah, kelas ini akan diadakan setiap minggu pada hari Jumaat dari pukul 3Petang hingga masuk waktu asar.

Terima kasih kuucapkan kepada Baba kerana sudi memberi peluang kepada kami mencurahkan ilmu dan secara tidak langsung dapat mencari sedikit pengalaman sebelum terjun ke sekolah sebagai pendidik secara rasmi kelak.

Pertama kali ku masuk ke kelas itu, hanya Allah sahaja yang tahu apakah perasaanku ketika itu. Gembira, teruja, risau, sedikit takut dan sebagainya bercampur aduk menguasai diri. Namun, ku gagahkan diri ini.

"Assalamualaikum semua" ucapku memulakan sesi pembelajaran.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah." Jawab semua yang ada di dalam kelas itu. Setelah itu bermulalah kelas mengaji itu. Pada pembelajaran kali ini, ku telah tasmi' bacaan Fatihah semua pelajarku. Mereka semuanya berjumlah 15 orang dari tingkatan 4. Setelah itu, kuberikan mereka tugasan untuk menyenaraikan segala hukum tajwid yang ada dalam surah Al-Fatihah itu. Hmm, baru je start kelas da dapat homework.hee

Alhamdulillah, mereka dapat menerimaku dengan baik. Harapanku moga kehadiranku ke sekolah itu dapat membuahkan sedikit perubahan dan pembaikan dalam bacaan Al-Qur'an mereka. Moga dipermudahkan segalanya...

خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya
( HR. Bukhari)

Thursday, October 1, 2009

~KhaSiaT aYaT KuRSi~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah..Puji-pujian hanya bagiMu ya Rabb..Maha suci Engkau yang masih meminjamkan kami jasad dan ruh ini dan dihiasi pula dengan nikmat iman dan islam. Kami bersyukur padaMu ya Rabb..Ya Rasulullah, duhai kekasih Allah... Selawat dan salam buatmu, para sahabat seperjuanganmu, ahli keluargamu yang dikasihi dan para tabi'in.

Sejak beberapa hari ini hujan telah melanda pulau mutiara ini, bukankah hujan itu suatu rahmat. Ya, moga hujan yang turun sejak beberapa hari yang lalu adalah hujan rahmat. Kepada yang basuh baju tapi tak sempat kering dek kerana hujan tu, bawak2 la bersabar ye...hee

Di pagi yang mulia ini, ana mahu kongsikan khasiat ayat kursi yang sering kita baca, ayat yang sering membasahi bibir kita. Ya, ayat ini sememangnya mempunyai banyak khasiat. Ayuh, teruskan pembacaan kalian! InsyaAllah padanya manfaat yang besar. Amin..

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Bersumberkan Hadis-Hadis ...

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah-rumah di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya, dari Abdullah bin 'Amr r.a.

Nah, ternyata sungguh hebat sekali kalam dan ayat2 Allah. Ini baru sebahagian daripada khasiatnya. Subhanallah..Justeru itu, marilah kita sama2 mengamalkan ayat kursi ini dalam kehidupan seharian demi mencari mardhatillah.

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Moga kunjungan kalian tidak sia2 dan mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ana ini. Ilal Liqa'. Wassalam..

~WaRkaH Buat Kalian~