
Segala Puji dan syukur buatMu ya Rabb kerana masih memberi kami peluang berdiri di muka pintu bumiMU, masih memberi kami ruang untuk mengabdikan diri padaMu. Selawat dan salam buat kekasihMu, junjungan yang mulia baginda Rasululllah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi’-tabi’in semuanya.
Ya Allah, begitu cepat masa berlalu, tetiba da 18 Ramadhan. Begitu cepat Ramadhan akan meninggalkan kita..Itu pun kalau kita masih sempat melalui baki-baki Ramadhan yang ada.
Bagaimana dengan tawaran Ramadhan? Sudah kalian rebut? Sudah kalian kejar?
Hmm, Ramadhan sudah semakin meninggalkan kita, tawaran-tawaran yang ada, masih banyak. Terpulang pada kalian kerana kalian sudah TAHU kini hanya tinggal MAHU atau tidak MAHU.
Ya, kebanyakan dalam kalangan kita semua TAHU akan kelebihan Ramadhan, ramai dalam kalangan kita TAHU apa ganjaran-ganjaran hebat yang menanti di bulan Ramadhan ini. Cuma persoalannya MAHU atau tidak?
Di sini, ana nak bagi satu perumpamaan yang simple tuk kalian. Buah durian sebagai contoh, kalau bukan musimnya, mak oi.. sikit punya susah nak dapat durian, kalau ada pun mahal yang amat. Ish3 bang tak boleh kurang sikitkah? Bang, takde diskaun ke? Hee
Tapi, bila da masuk musim buah, wah… harga jatuh merudum dan senang je nak jumpa buah durian, jumpa kat tepi jalan, pasaraya-pasaraya jangan cakap la. Memang banyak. Tapi bila tanya: “ Pak cik, belilah durian ni ha, murah ja ni.” Tetiba Pak cik tu jawab : “ Pak cik bukan tak nak beli durian tu nak, tapi Pak cik ni ada darah tinggi”.
Ha… Macam tu jugalah kita. Kita TAHU Allah bagi tawaran hebat kat kita, tapi kita tak nak atau dengan kata lain kita tak boleh terima tawaran tu sebab kita ada penyakit! Penyakit apa? Penyakit hati.
Allahu akbar! Adakah kerana penyakit hati ini kita sanggup melepaskan segala tawaran-tawaran hebat dari Allah dalam Ramadhan ini? Ya Allah, betapa ruginya kita. Padahal segala amalan-amalan dan ibadah-ibadah termasuklah berpuasa, tilawah dan tadarus Al-Qura’an, bersedekah, meperbanyakkan doa, menghidupkan malam semuanya itulah hakikatnya sebagai ubat dan penawar bagi penyakit hati.
Mari kita sama-sama muhasabah diri… Keras sangatkah hati kita? kritikal kah penyakit hati kita? Atau sudah matikah hati kita? Sehingga kita sombong dan buat endah tidak endah dengan segala tawaran hebat dari Yang Maha Mencipta?
Ya Allah, Kau ampunilah kami diatas segala kelalaian dan kelapaan kami… Kami hambaMu yang lemah hina dina ini, penuh dengan dosa dan noda… Bantulah kami Ya Allah… Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, kurniakan kepada kami hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta kurniakanlah badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMU. Amin Ya Rabbal Alamin.
