Tuesday, September 8, 2009

~ TaHu vs MaHu~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Segala Puji dan syukur buatMu ya Rabb kerana masih memberi kami peluang berdiri di muka pintu bumiMU, masih memberi kami ruang untuk mengabdikan diri padaMu. Selawat dan salam buat kekasihMu, junjungan yang mulia baginda Rasululllah SAW, para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi’-tabi’in semuanya.

Ya Allah, begitu cepat masa berlalu, tetiba da 18 Ramadhan. Begitu cepat Ramadhan akan meninggalkan kita..Itu pun kalau kita masih sempat melalui baki-baki Ramadhan yang ada.

Bagaimana dengan tawaran Ramadhan? Sudah kalian rebut? Sudah kalian kejar?

Hmm, Ramadhan sudah semakin meninggalkan kita, tawaran-tawaran yang ada, masih banyak. Terpulang pada kalian kerana kalian sudah TAHU kini hanya tinggal MAHU atau tidak MAHU.

Ya, kebanyakan dalam kalangan kita semua TAHU akan kelebihan Ramadhan, ramai dalam kalangan kita TAHU apa ganjaran-ganjaran hebat yang menanti di bulan Ramadhan ini. Cuma persoalannya MAHU atau tidak?

Di sini, ana nak bagi satu perumpamaan yang simple tuk kalian. Buah durian sebagai contoh, kalau bukan musimnya, mak oi.. sikit punya susah nak dapat durian, kalau ada pun mahal yang amat. Ish3 bang tak boleh kurang sikitkah? Bang, takde diskaun ke? Hee

Tapi, bila da masuk musim buah, wah… harga jatuh merudum dan senang je nak jumpa buah durian, jumpa kat tepi jalan, pasaraya-pasaraya jangan cakap la. Memang banyak. Tapi bila tanya: “ Pak cik, belilah durian ni ha, murah ja ni.” Tetiba Pak cik tu jawab : “ Pak cik bukan tak nak beli durian tu nak, tapi Pak cik ni ada darah tinggi”.

Ha… Macam tu jugalah kita. Kita TAHU Allah bagi tawaran hebat kat kita, tapi kita tak nak atau dengan kata lain kita tak boleh terima tawaran tu sebab kita ada penyakit! Penyakit apa? Penyakit hati.

Allahu akbar! Adakah kerana penyakit hati ini kita sanggup melepaskan segala tawaran-tawaran hebat dari Allah dalam Ramadhan ini? Ya Allah, betapa ruginya kita. Padahal segala amalan-amalan dan ibadah-ibadah termasuklah berpuasa, tilawah dan tadarus Al-Qura’an, bersedekah, meperbanyakkan doa, menghidupkan malam semuanya itulah hakikatnya sebagai ubat dan penawar bagi penyakit hati.

Mari kita sama-sama muhasabah diri… Keras sangatkah hati kita? kritikal kah penyakit hati kita? Atau sudah matikah hati kita? Sehingga kita sombong dan buat endah tidak endah dengan segala tawaran hebat dari Yang Maha Mencipta?

Ya Allah, Kau ampunilah kami diatas segala kelalaian dan kelapaan kami… Kami hambaMu yang lemah hina dina ini, penuh dengan dosa dan noda… Bantulah kami Ya Allah… Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, kurniakan kepada kami hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta kurniakanlah badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMU. Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment:

  1. Bismi Illahi Rrahmani Irrahim...
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..)

    Alhamdulillah, setelah hamba Allah yang kerdil ini membaca dan meneliti sekali imbas hampir kesemua karya saudari fairuzah, dapatlah sedikit kesimpulan kecil dibuat untuk karya saudari fairuzah...

    Secara Amnya, penilaian hamba ini adalah jayyid sahaja.. Entah mengapa ketika membaca hampir kesemua entry disini, hamba kehilangan sedikit demi sedikit "feel" ketika membaca. Hamba yang kerdil ini tidak tahu mengapa..
    Entrinya sudah cukup bagus tetapi kehilangan "hati dan perasaan" ketika si penulis menulis barangkali... dalam setiap karya ada tersirat sesuatu yang indah bagi penulis yang menghayati setiap patah karyanya.. Disini hamba kerdil ini sertakansedikit tips untul memperbaiki tulisan saudari...

    1)amalkan solat tahajjud dan istiqamah
    2)cuba tukar warna merah kepada wana yang lebih menarik. merah itu tidak salah, tapi rendahkan sedikit tonanya...
    3)amalkan berwudhu' ketika menulis
    4)cuba mula menulis bab yang berkaitan dengan isu2 semasa spt bab palestin,penghinaan Islam, Malaysia dihina di Indonesia,isu yang lebih serius atau berkenaan permasalahan umat - isu sebat Kartika, isu arak di Selangor, isu kebiadapan Jeff Ooi, isu pemindahan kuil, isu PKFZ, sistem pendidikan di Malaysia yang terus menerus menutup minda rakyat dan sebagainya..xperlu terlalu banyak, tetapi mulakan dengan sedikit... yang penting istiqamah..,
    5)tambah pengetahuan, banyakkan membaca.
    6)belajar dengan orang lama, contohnya http://budakpicisan.blogspot.com/ atau saifulislam.com
    7)elakkan copy paste entry dari man2 blog lain. hasilkan karya sendiri.
    8)jaga hati
    9)betulkan niat sebelum menulis (patut ni kat atas sekali..hehehe)
    10)tulislah dengan hati yang tenang..jangan tergopoh gapah..

    semoga karyamu diredhai dan memberi sumbangan besar dalam bidang dakwah ini.. insya ALLAH, hamba yang kerdil ini akan selalu menziarahi karyamu...sekian, wassalam..

    ReplyDelete

~WaRkaH Buat Kalian~