Wednesday, June 2, 2010

~ Kem InsaN RabbaNi ~

Tekun sungguh mereka dalam bekerja

Akak-akak Fasi yang ceria

Abang-abang Fasi dok wat pe tu?

Sesi taaruf... nama saya...hee

Senaman pagi yang tak kan pernah ku lupakan..kak ama yang comei~

Yeah..tu dia hasilnya... konfem tak jatuh la telur dalam tuh! huhu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Suatu hari yang bersejarah ku telah dilamar oleh sahabatku Amalina Misron tuk menjadi setiausaha kepada suatu program yang setelah beberapa kali ditukar namanya akhirnya ia bergelar KEM INSAN RABBANI. " kak fai, kak ama nak wat satu program ni, kat sekolah biasa, kak ama nak kak fai jadi s/u leh? " itulah lamaran yang ku terima lebih kurang setahun yang lalu. Alhamdulillah, akhirnya setelah melalui pelbagai onak dan duri, daripada masalah bajet, sumbangan dan sebagainya, maka terlaksanalah kem insan rabbani tersebut di SMK Yaacob Latiff, Cheras pada 28-30 Mei yang lepas...

Malam 27 Mei, ku berangkat pulang ke rumah dengan menaiki bas dari kampusku di Pulau Pinang...tujuannya satu, mahu turut sama dalam kem Insan Rabbani tersebut. Masakan aku mahu melepaskan peluang yang telah hampir setahun kami usahakan itu. Ku tiba di rumah lebih kurang pukul 5.30 pagi. Selesai solat subuh ku berkemas apa yang patut dan tiba di SMKYL tengah hari itu. Banyak pengalaman yang ku kutip di sana. Akan ku semat di dada dan ingatanku buat bekalan di hari muka.

Inilah pertama kali kami Alumni SAMER GEN20 membuat program di sekolah menengah biasa. Selalunya dok wat program kat SAMER...Hmmm, tidak dinafikan cabarannya lebih dahsyat. Ya Allah, ada dalam kalangan mereka yang masih tidak tahu berwuduk, niat solat pon tergagap-gagap. Melihat mereka, hatiku sayu diserang suatu rasa sedih ntah dari mana datangnya. sebak dadaku.

Melihat mereka juga, aku menjadi risau.. dan aku muhasabah diri kembali... bagaimanakah keadaannya murid2 ku kelak? akulah yang akan mencorak mereka. Akulah juga yang akan memimpin mereka dan aku juga yang bakal bertanggungjawab atas mereka. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dalam mendidik anak bangsaku kelak. Amin ya Rabb..

Kembali kepada program tersebut, secara keseluruhannya padaku program tersebut berjaya. Namun, adalah tinggi harapanku moga segala ilmu yang adik2 form 1 dan form 2 SMKYL kutip tika kem itu berlangsung dapat diamalkan. InsyaAllah akan ku doakan kalian moga istiqamah...

JUtaan terima kasih buat semua urusetia program yakni alumni SAMER GEN20 dan juga tidak dilupakan kepada semua Fasilitator dari UM, Nilam Puri. Kerjasama yang kalian berikan amat dihargai.

Harapanku, kepada semua muslimin dan muslimat yang bergerak aktif menyebarkan dakwah di luar sana, berilah perhatian kepada pelajar2 di sekolah menengah biasa. Mereka sangat butuh bantuan kalian. Mereka perlu dijaga, perlu di pelihara, perlu dikasihani. Ku menyeru kepada kalian, buatlah program2 di sekolah2 menengah biasa khasnya yang melibatkan ilmu2 agama...

Permata: Tolong, jangan pandang sebelah mata seruan ku itu~


Checkpoint yang paling best sekali..kena rendam dalam kolam, amek wuduk dalam tu pulak..nasib la dik...ada gak yang takut ikan ye..hee

Kotor ye dik...takpe2 anggaplah ia sebagai kifarah dosa

Ini dia...stesen azab kubur masa sesi muhasabah

inilah stesen paling menakutkan dan yang paling power ku kira.. stesen seksa neraka..Panas! keluarkan aku dari sini ya Rabb..

Selesai majlis penutup sekitar pukul 2 petang. Kemudian setelah makan dan solat. Post mortem pula. Banyak lagi yang perlu kami perbaiki. Usai postmortem sekitar pukul 4.30 petang. SEtelah itu, kami terpaksa bergegas pulang dek kerana Pak Guard di sana sudah bising meminta kami mengosongkan kawasan sekolah sebelum pukul 5 ptg. Selamat tinggal SMKYL. Kenangan itu akan ku semat kemas dalam ingatan.

Walaupun ku hanya punya masa sebentar bersama keluarga. Namun, jauh dari sudut hatiku berasa puas kerana masa ku terisi dengan usaha menolong agamaMU ya Rabb. Hasrat di hati mahu pulang awal ke kampus. Namun, ku rasakan agak bahaya pulang seorang ke kampus malam ahad itu. Maka, aku mengambil keputusan pulang isnin pagi dan Alhamdulillah ku selamat tiba di sini di kampus ini petang isnin kelmarin. Walaupun agak letih, namun ku bersyukur padaMu ya Allah. BUkankah rehat sebenar itu di syurga kelak?

Permata lagi: Doaku, moga usaha dan pengorbanan kecil ini diredhaiNYa...

Permata lagi dan lagi: laporan akhir lom ciap lagi..huhu

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~