Wednesday, August 19, 2009

~TeRamaT RiNdU~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..Pertama dan selamanya marilah kita panjatkan rasa syukur kita kehadrat Ilahi yang memberikan segala nikmat dan kurniaNya kepada kita hambaNya yang lemah dan hina dina ini. Dialah satu-satunya tempat pengabdian diri. DaripadaNya kita datang dan kepadaNYa jualah kita akan kembali. Selawat dan salam buat rasul junjungan, para sahabat, ahli keluarga dan tabi’- tabi’in seluruhnya.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi…Tak sabar rasanya…

Apa yang tak sabar? Hee.. Selain tak sabar menanti Bulan Tarbiyah (Ramadhan). Sebenarnya...Ana tak sabar nak balik rumah..tak sabar nak jumpa mak dan abah yang sangat dirindui. Rindu masakan mak. Rindu nak bermanja ngan abah. Tak sabar nak peluk cium Filzatul Hannan yang dah berusia 16 hari tu.. Dah la hari tu sempat bermanja dengan dia dua hari je. Tak puas. Hmm, rindu kat Faizatul Imtiyaz yang da semakin nakal tu. Rindu nak jumpa fawaid yang kat perlis tu, dah dekat sebulan lebih tak jumpa dia. Rindu kat Fazirah dan Fazliyatul Adila yang asyik nak gaduh tu.

Rindu..Rindu…dan tersangat rindu..Ana Rindu mereka semua…

Untuk post kali ni, ana memang sengaja nak melempiaskan rasa rindu yang dah lama berbuku dihati ini.hee (padahal baru je balik seminggu hari tu).

Hari ni ingatkan nak call mak dan abah. Tapi sebab lepas isyak tadi ada perjumpaan dan perjumpaan tu abih agak lewat, terpaksalah tangguhkan niat dihati ni. Sebab…kemungkinan besar mereka dah lena. Tapi hari ni sempat sms ngan Fazirah.

“Salam…Along dah sihat ke?” Sms ringkas darinya itu ana reply. “Salam..alhamdulillah. along da sihat cuma batuk2 sikit. Cam ne trial?ok?. Saja ana bertanya tentang trial PMRnya. “Boleh la..tp sok sains dan math.Doakan tau!”.

Dik..Akak sentiasa doakan kejayaan dirimu..
Ya Allah..Permudahkanlah adikku menjawab soalan-soalan peperiksaannya. Bukakanlah minda dan pintu hatinya ketika menjawab… Amin ya Rabbal Alamin…

Eh, lupa pulak. Jom sambung citer sal rindu-rinduan tadi...

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan
(Hijjaz)

Rindu ni suatu perasaan yang hadir tanpa dipinta.Rasa rindu itu Allah hadiahkan pada kita manusia yang fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai.

Tiada salahnya merindui seseorang yang kita sayang..Tiada salahnya merindui seseorang yang kita kasihi dan cintai. Tapi biarlah bertempat dan pada mereka yang berhak.

Haaa…satu lagi…rindu ni bukan hanya pada manusia je..tol tak? Ada orang rindu kat haiwan kesayagannya, rindu kat barang kesayangan kat umah, rindu kat pokok belakang umah (kalau ada la) dan yang selalu orang rindu ialah pengalaman-pengalaman manis dan indah yang pernah dialami.

Nak tau tak? (tak nak tau pun ana tetap nak cite gak...hee) Sesungguhnya...Ana rindu sangat zaman ana kat SAMER.. 5 tahun di SAMER cukup bermakna buat ana. Banyak pengalaman manis, suka dan duka ana bersama ustaz ustazah, sahabat2 dan adik2 junior. Pengalaman pegang Majlis Pimpinan Asrama sebagai YDP Aspuri banyak mengajar ana erti sabar dan banyak membantu ana menggilap kepimpinan yang ada pada diri. Pengalaman jadi Amirah PRS dan AJK Ekonomi Badan Kepimpinan Pelajar juga banyak mendidik diri supaya pandai menggurus masa, lebih bertanggungjawab dan macam2 lagi.

Pernah suatu ketika, ana ditanya oleh junior ana...

"Akak tak rasa terbeban ke pegang jawatan banyak2?" tanya seoarang junior ana ni..
"Alhamdulillah...tak pernah pun". Jawab ana ringkas.
"Yela..akak nak spm lagi tahun ni kan.."
"Dik, sesungguhnya kalau kita tolong Agama Allah, Allah akan tolong kita."Jawab ana.

Ya...itulah yang ana pegang dari dulu sampai sekarang...

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Islami radhiallu anhu berkata: Bersabda Rasulullah SAW.: Belum berganjak lagi seseorang hamba (di hadapan Allah SWT pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskannya, dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya, dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya, dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)."

Ok lah, untuk post kali ini..Cukuplah sedikit coretan dan luahan rasa tentang rindu..Ana tinggalkan kalian dengan 4 pertanyaan yg mesti dijawab kelak ini.

Marilah sama2 kita muhasabah dan koreksi diri...

No comments:

Post a Comment

~WaRkaH Buat Kalian~