Tuesday, November 1, 2011

~Mutiara dari Sang Murabbi~


Dengaan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Allah..sudah lama rasanya diri ini tidak menulis...sudah lama juga ku biarkan blog ini, wadah ini dan wasilah ini yang menjadi tempat perkongsian bersama kalian yang sudi singgah walau sebentar cuma...

Apa khabar kalian? Moga sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam dakapan dan pelukan sang pencipta..

Untuk entri kali ini setelah lama tiada perkongsian dari diri ini, ingin ku kongsikan bersama kalian kalam-kalam mutiara dari sang murabbi tercinta...
    1. Istighfar adalah adab hamba kepada penciptanya yakni ALLAH. Oleh itu tidak dapat tidak kita hendaklah sentiasa beristighfar kepadaNYA. Sesungguhnya tidak merasa berdosa itu adalah satu dosa. Orang yg tidak merasa dirinya berdosa, sesungguhnya hatinya telah dihijab oleh Allah..Nauzubillah..
      2. Suburkan cinta kepada baginda Rasulullah kekasih Allah. Tanpa nabi tiadanya cahaya di dunia ini. Alam ini tiada seri tanpa manusia dan manusia tiada seri tanpa baginda Rasulullah. Allah...bagaimana boleh kita lupa akan baginda nabi? sedangkan solat baginda yg ajarkan..adab-adab dan akhlak juga didikan dari baginda...bahkan baginda yang mengangkat darjat dan martabat wanita...kami rindu padamu ya Rasulullah...:(
        3. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah. Allah sentiasa menunggu rayuan hambaNYA. Sesungguhnya Allah tidak pernah rehat untuk berhenti menjaga hambaNYA. Mereka yang kenal Allah sentiasa tenang laksana seorang bayi yang tenang dalam pelukan ibunya kerana sesungguhnya Allah tidak akan pernah sesekali membiarkan hamba-hambaNYA...
          4. Niatkaan segala gerak kerja kita sebagai ibadah. Jika kita niat bekerja untuk ibadah nescaya kita akan bekerja bersungguh-sungguh. Maka tidak akan ada perasaan malas, tidak akan ada pengabaian tangunggjawab, curi tulang dan sebagainya.
            5. Yakin dan ikhlaslah dalam menerima ketentuan Allah. Redhalah. Sesungguhnya keputusan Allah itu yang terbaik. Sedarlah bahawa kita dengan Allah tidak boleh memilih. Siapa kita untuk memilih???

            Banyak lagi yang ingin dikongsikan...Namun semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang besar khususnya buat yang menulis ini dan amnya buat kalian yang sudi singgah di laman ini..sehingga bertemu kembali.. Doakan hamba yang lemah ini...

            Saturday, October 8, 2011

            SeBarKan BAHAGIA (~_^)


            ~ klik pada gambar untuk view yang lebih besar~

            Saturday, September 10, 2011

            ~Top Up!~


            Bismillahirrahmanirrahim...

            Senario:

            "Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."
            Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan 'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

            Realiti:



            Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, "Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga". Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', tabi' tabii'n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

            Kisah renungan:

            Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda', " setiap umat ada orang fakih, dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus." Kembali kepada kisah Syadad bin Aus. Satu malam, Syadad bin Aus hendak tidur, tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah. Maka dia berkata, "Ya Allah, nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini." Lalu, beliau bangkit dan solat sehingga Subuh. Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidur malam. Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang menentang golongan kuffar dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu, inikan pula hendak mengangkat senjata untuk pergi berperang. Allah :(

            Konklusi:

            Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah, kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama 'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah.

            "Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)

            Berkata ulama', terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati:

            1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
            2. Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan.
            3. Bangun malam dengan beribadat.
            4. Bermunajat pada waktu sahur.
            5. Berdamping dengan orang Soleh.
            6. Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat.
            7. Uzlah (mengasingkan) diri daripada orang jahil.
            8. Jangan selalu bersama mereka (orang jahil).
            9. Makan benda yang halal.

            Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka:
            1. Mata yang berhirasah (berjaga malam) di jalan Allah.
            2. Mata yang menangis kerana Allah.

            *Semua orang sibuk dengan cukai 6% tuk reload...huhu semua nk dicukaikan~~

            ~WaRkaH Buat Kalian~