Monday, June 27, 2011

~MuJaHadaH Itu PaHit keRaNa SyurGa itu MaNiS~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

Satu ungkapan yang sering kita dengar.

Satu perkataan yang acapkali diungkapkan pada saat kita terasa lemah untuk terus berjuang di jalan Allah.

Bukan mudah untuk seorang daie tetap teguh berdiri di jalan Allah.

Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

Untuk meraih keindahan syurga, seseorang itu perlu berkorban. Dalam pengorbanan, seseorang perlu mujahadah. Kerana mujahadah itulah yang terbaik untuk kita.


“Dan barangsiapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh , Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam.” [Surah Al-‘Ankabut:6]

Sesungguhnya jihad itu untuk diri kita sendiri. Allah telah sediakan syurga yang cukup indah sehingga tidak akan pernah terlintas di benak fikiran kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Tajuk kali bukanlah untuk menceritakan mengenai kepahitan sebuah mujahadah dan keindahan syurga, tapi ana tertarik sekali untuk berkongsi input yang ana dapat dari kuliah maghrib baru-baru ini. Bagaimana untuk mujahadah?

Rukun mujahadah
Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.

1. Ber’uzlah

Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.

2.Diam

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]

3.Menahan Lapar

Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]

4.Berjaga malam

“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”[Surah Al-Muzzammil:6]

Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat berjuang!

credit to Azzariyat.com

Monday, June 6, 2011

~Tidak....!~


Tidak...
anda tidak akan menyia-nyiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikan di dalamnya.

Tidak...
anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Tidak...
anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

Tidak...
anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak...
anda tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan orang yang menganggur dan membuang waktu untuk perkara yang sia-sia.

Tidak...
anda tidak akan mengambil sikap tak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin.

Tidak...
anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok dan sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak...
anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak...
anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda kewujudannya.

Tidak...
anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.

~Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni~

Monday, May 2, 2011

~Anak DerHaka Vs HaMba derHaka~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alangkah indahnya hikayat yang dibentangkan oleh ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Madarij As-Salikin. Beliau mengatakan:

"Ini adalah hikayat terkenal tentang seseorang yang telah mencapai tingkat ma'rifat. Pada suatu hari ia berjaya melepaskan diri dan lari dari tuannya. Di sebuah lorong ia melihat sebuah pintu rumah terbuka. Seorang anak kecil sambil menangis meminta tolong keluar dari pintu itu. Kelihatan ibunya dari belakang mengusirnya keluar. Setelah mengunci pintu lalu si ibu masuk kembali ke rumah.

Belum jauh si anak malang itu pergi, ia pun berhenti. Ia berfikir dan binggung kerana tidak mempunyai tempat tinggal selain rumah yang baru sahaja ia tinggalkan tersebut. Juga tidak ada yang melindunginya selain daripada ibunya. Ia pun kembali lagi dengan hati hancur dan perasaan yang sedih. Ia mendapati bahawa pintu rumahnya telah terkunci rapat. Lalu ia duduk bersandar sambil meletakkan pipinya pada ambang pintu. Kemudian ia tertidur.

Si ibu keluar. Melihat anaknya dalam keadaan seperti itu, serta merta memeluknya. Ia mendakap dan menciumnya dengan penuh rasa terharu. Dan sambil menangis ia berkata:"Anakku, ke mana kamu tinggalkan aku? Siapa yang sudi melindungimu selain aku? Bukankah sudah aku katakan padamu, jangan menentangku. Dan jangan pula berani berbuat derhaka padaku, sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu. Aku ingin kamu sentiasa baik dan bahagia". Lalu si ibu memimpinnya dan masuk ke rumah.

Sahabat...
Cuba renungkan kata-kata si ibu tadi:"Jangan berani berbuat derhaka padaku, sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu."

Renungkan pula sabda Rasulullah SAW:
"Allah itu lebih sayang kepada hamba-hambaNya daripada sayang seorang ibu kepada anaknya".

Apalah ertinya kasih sayang ibu jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah yang meliputi segala sesuatu? Jadi kalau seorang hamba membuat Allah murka dengan berbuat derhaka, bererti ia telah mendorong hilangnya rahmat Allah. Dan kemudian jika ia mahu bertaubat bererti ia telah mengundang kembali rahmat tadi yang memang sepatutnya ia nikmati.

Rasulullah SAW pernah bersada:
"Setiap anak cucu keturunan adam itu berdosa, dan sebaik-baiknya orang yang berdosa ialah yang mahu bertaubat". (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Permata: Rahmat Allah itu sangat luas, Maka bertaubatlah sebelum terlambat...

~WaRkaH Buat Kalian~