Wednesday, September 30, 2009

~BukTi CiNtaKu~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah.. Sedar atau tidak, hari ni adalah hari terakhir di bulan September. Hmmm, ana rasa begitu cepat masa berlalu. Esok sudah bermulanya bulan Oktober. Hanya tinggal sebulan sahaja sebelum final exam. Umur makin berkurang dosa makin bertambah. Ya Rabb… Bantu hambaMu melalui hidup ini. Sesungguhnya seluruh kehidupan ini adalah ujian dariMu. Maka pimpinlah daku ya Rabb dalam meniti jalan menuju negeri yang abadi itu. Amin…

Cintakah kalian pada yang Maha Pencipta? Sedalam mana cinta kalian padaNYa? Adakah kalian sanggup berkorban harta dan nyawa demi meraih cintaNYa? Bolehkah kalian buktikan sejauh mana dan sedalam mana kalian mencintaiNYa?

Ramai orang berkata ia cinta akan Allah SWT. Namun, apakah bukti daripada cinta kita kepadaNYa? Ya, sejauh mana cinta kita kepadaNYa perlu dibuktikan. Berikut adalah antara tanda2 atau bukti2 dalam menentukan sejauh mana dan sedalam mana cinta kita padaNYa. Ayuh, sama-sama kita semak dimana kedudukan kita…Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang benar2 cinta akan Allah, yang benar2 mabuk cinta padaNya, yang benar2 angau kerana disuntik rasa cinta yang agung itu. Amin..

Bukti pertama : Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan yang dicintainya. Nabi Muhammad saw bersabda;

"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."

Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas dia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.

Bukti kedua : ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;

"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

Bukti yang ketiga: ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

Bukti keempat: kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.

Bukti kelima: ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,

"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu. Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,

"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"

Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.

Bukti keenam: ibadatnya menjadi senang sekali. Badannya menjadi ringan untuk mengerjakan ibadah kepada Allah. Seorang Wali Allah ada berkata,

"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.

Bukti ketujuh: orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,

"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

~Setelah meniliti bukti2 tersebut…Persoalannya disini, Benarkah kita cinta akan Allah? Sejauh mana cinta kita padaNYa? Sanggupkah kita berkorban demi meraih cinta agung itu? Mari sama-sama muhasabah diri...

Ya, Ayuh buktikan cinta kita padaNYa!

Tuesday, September 29, 2009

~AyuH, TeruSkaN TarBiaH RamadHaN!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...pagi tadi telah sempurnalah amali arab untuk maharah istima' wal kitabah. Hmm, soalan ok je taklah susah sangat. Alhamdulillah. Tapi tak tahulah natijahnya macam mana nanti. MOga natijahnya seperti yang diharap-harapkan...Amin..

Tanpa kita sedari, sudah 10 hari Ramadhan meninggalkan kita. Rindukah kalian pada Bulan itu? Rindukah kalian pada Madrasah Ramadhan itu? Sepanjang Ramadhan yang lalu kita hidup dalam suasana keimanan. Kita merasai nikmat keimanan, kemanisan ketaatan dan kelazatan taqarrub kepada Allah. Dalam situasi ini, kita lahir sebagai umat yang mempunyai peribadi dan ciri yang tersendiri. Kita berpuasa dan berbuka dengan nama Allah. Tidur dan bangun atas zikir Allah. Kita hidup dalam keadaan jiwa yang redha, tetap pandangan, melakukan ketaatan dan takwa kepada Allah.

Ramadhan telah mentarbiah diri kita selama sebulan. Sebulan itulah kita dapat perlahan-lahan mendidik hati dan menundukkan nafsu kita. Maka apakah selepas Ramadhan kita terus berubah? adakah selepas Ramadhan kita mengetepikan agama kita? Adakah dengan berlalunya Ramadhan kita mahu melucutkan syahsiah islamiah dari diri kita? Adakah apabila kita keluar dari Ramadhan, bagaikan tidak sabar-sabar mahu berpisah dengan Ramdhan? dan mahu bebas dari larangan2 tika berpuasa. Kalau inilah yang berlaku, jauh sekali bagi kita untuk mendapatkan kesan daripada Ramadhan. Maka sia-sialah kehadiran Ramadhan selama sebulan itu. Nauzubillah...

Kita mengharapkan ibadah Ramadhan meninggalkan kesan yang baik di dalam diri dan akhlak kita. Mudah-mudahan ia menjadi ubat kepada penyakit yang kita hadapi. Mudah-mudahan apa yang dimaksudkan oleh Islam disebalik puasa dan ibadah2 lainnya telah tercapai dan membawa seribu manfaat. Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan telah menyembuhkan keruhanian hati kita, membetulkan pemikiran kita, menghidupkan hati yang telah mati dan menyinari ruh yang kegelapan. Amin ya Rabbal Alamin...

Kebanyakan dalam kalangan kita hanya melazimi takwa pada bulan Ramadhan dengan meninggalkan maksiat dan dosa. Namun, tidak dalam bulan selainnya. Tika Ramadhan kita tekun melakukan solat bahkan datang solat berjemaah. Tetapi keadaan ini tidak berlaku sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan. Dalam kalangan kita ada yang hanya kenal Allah Taala pada bulan Ramadhan. Hanya mengingati Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila berakhir bulan Ramadhan ia kembali melakukan dosa dan maksiat. Ia lupa akan kewujudan Allah. Ia tidak lagi solat apatah lagi berjemaah, ia memutuskan silaturrahim, mendedahkan aurat dan semua bentuk kemungkaran lainnya. Nauzubillah...

Sahabat... Seharusnya kita meneruskan tarbiah yang telah kita rebut, yang telah kita dakap erat dalam bulan Ramadhan untuk terus diamalkan dalam bulan2 berikutnya sepanjang hayat kita. Allah memerintahkan umat Islam supaya mengekalkan takwa dan hidayah, kerana ibadah hanya kerana Allah bukan kerana Ramadhan dan selainnya. Oleh itu duhai teman... Marilah kita bersama-sama berusaha mengekalkan dan meneruskan tarbiah Ramadhan. Marilah kita berusaha menambah kebaikan pada setiap hari yang kita lalui selagi Allah masih memberi kita peluang hidup dalam iman dan Islam. Ya, sebelum terlambat. Mari kita bersama-sama terus mengabdikan diri kepada yang yang Maha Esa.

Monday, September 28, 2009

~WaniTa BerTuduNG~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...segala puji hanya bagiMu ya Rabb...Selawat dan salam keatas Rasul junjugan yang mulia, para sahabat, ahli keluarga dan para tabi'in.

Esok, ana ada amali arab. Amali untuk maharah istima' wal kitabah. Tapi tak tahulah macam esok tak amali je. Tak ada semangat pun nak study tuk amali esok. EWah2, lagak macam da teror arab ja. hee Hmm, walaupun ana agak sibuk hari ini, tapi kalau tidak update blog ni ana rasa lain macam je. Macam ada yang belum sempurna. Jadi, ana pun curi2 masa tuk mengupdate blog ni...

Untuk entri kali ini, ana ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi kita semua. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Dewasa ini, ana lihat dari kaca mata ana sendiri, telah lahir, telah muncul dan telah wujud beraneka fesyen tudung. Terlalu banyak fesyen tudung sekarang ni, tudung siti la, tudung ekin la, selendang la dan macam2 lagi. Dah jadi cam cendawan tumbuh selepas hujan sebab da banyak sangat.

Baru-baru ni masa ana balik raya di kampung halaman, ya Allah, macam2 gaya pemakaian tudung ada. Tapi yang ana sedih sangat semuanya tidak menepati syariat. Ada yg tudung tu da elok agak labuh tapi melekat pulak, tapi yang paling banyak ana lihat adalah yang pendek dan tidak melepasi dada seperti yang disyariatkan. Ada yang pakai tudung tapi nampak leher dan tidak kurang juga yang pakai tudung tapi seperti tak pakai dek kerana nampak jugak rambut dan leher disebalik tudung mereka itu.

Ana sedih, sedih sangat2...Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

P/s~Sekadar pesanan dan peringatan buat diri sendiri khasnya dan amnya buat kalian semua~

~WaRkaH Buat Kalian~