Friday, January 8, 2010

~DimaNakaH ALLAH daLam Hati kiTa?~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Allah masih membiarkan diri ini bebas menghirup udaraNYa di dunia yang fana ini dan menikmati segala nikmat kurniaanNYa, lebih2 lagi nikmat iman dan nikmat Islam...Selawat dan salam atas Nabi junjugan yang mulia, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabi'-tabi'in semuanya...

Duhai Teman...Dimanakah ALLAH dalam hati kita?.

Sekali lagi kita tanya diri sendiri ?DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: "Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana Aku?"

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: "Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya?"

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan?

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan kita ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan kita melakukan maksiat kepadaNya...

Permata: Ya Allah ampunilah segala dosa hambaMU ini...

Thursday, January 7, 2010

~TujuaN HIduP~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kejadian seekor nyamukpun ternyata begitu penting di mata Allah, sehingga disebutkan di dalam al-Quran.

Firman Nya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka mereka tahu bahwa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir berkata; Apakah maksud Allah dengan perumpamaan ini?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang dibiarkan sesat oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberiNYa petunjuk. Dan tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu kecuali orang-orang yang fasik.(2: 26)

Tetapi mengapa manusia sentiasa kebingungan mencari dan mengenalpasti fungsinya? Kenapa kita sentiasa tertanya-tanya tentang tujuan keberadaan kita di muka bumi ini? Kenapa diri manusia dipenuhi sikap-sikap ketidaktahuan akan fungsinya? Apakah mungkin kita hidup tanpa tujuan yang jelas, kukuh dan konkrit?

Tidak mungkin!

Allah SWT menjadikan seekor nyamuk pun ada manfaat dan fungsinya. Bahkan sejak lahir mereka sudah tahu apa yang harus dibuat dan apa fungsi yang harus dijalankan.

Kerana itu amat mustahil, bila susuk tubuh insan yang Allah khabarkan diciptakan dalam 'ahsani taqwim' (pembentukan yg paling sempurna), dilahirkan hanya untuk sia-sia dan tanpa tujuan.

Apa mungkin seorang manusia lahir hanya untuk membesar dewasa, berkeluarga, dan mati?

Sesungguhnya pada manusia itulah tugas yang amat berat dipikul tambahan pula ia sebagai wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, untuk mentadbir alam. Ingat, langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau semuanya tidak sanggup membawa amanah Allah, kecuali manusia yang menyatakan kesanggupannya.

Justeru, manusia perlu berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini supaya tidak tergolong di dalam manusia yang berbuat kezaliman dalam kejahilan.

Permata: Ayuh, hisab diri semula...Apakah tujuan hidup kita?

Wednesday, January 6, 2010

~ Petua-Petua HubuNGaN KemaNusiaaN~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Walaupun hari ni agak sibuk dengan kuliah, mesyuarat dan aktiviti di Surau Al-Ghazali namun ku masih berkesempatan untuk berkongsi sesuatu bersama kalian pada hari ini...

Saban hari kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain bukan? Kadang-kadang ada sahaja yang tidak kena dalam kita menjaga hubungan antara manusia ni..Jadi, pada entri kali ni ku ingin berkongsi petua-petua hubungan kemanusiaan... Secara kebetulan terjumpa pulak petua2 ni kat dalam fail PRS masa kat SAMER dulu...hee

Jom kita sama2 teliti dan bolehlah amalkan mana2 yang rasa leh diamalkan...cuba la sikit2...sebab bukan senang nak laksanakan semuanya sekali...Jom tengok satu2...(~_^)

1.Latih diri untuk mudah ingat nama Orang.( Petua penting untuk bakal2 guru dan yang sudah bergelar guru, kena ingt nama murid2)
2. Ingat bahawa penghargaan dan pujian bawa kesan positif dan kritikan bawa kesan negatif.
3. Kalau perlu mengkritik- belai dahulu secara fizikal dan psikologikal.
4. Sampaikan pujian dari pihak ketiga. Tak perlu sampaikan komen negatif.
5. Latih diri supaya mudah dan seronok didampingi- senyum dan mesra.
6. Hormati pandangan orang lain.
7. Tunjukkan semangat bila berinteraksi- beri perhatian sepenuhnya.
8. Kalau hati kita terluka, anggaplah org lain tak sengaja.Sentiasa bersangka baik.
9. Harus sentiasa peka terhadap mood dan perasaan org lain.
10. Tunjukkan penghargaan kita setiap kali org lain melakukan sesuatu untuk kita.
11. Tunjukkan yg kita ambil berat tentang org lain dgn melakukan sesuatu untuknya.
12. Tegur dan beri penghormatan pada org lain- salam dan seumpamanya.
13. Latih diri supaya menjadi pendengar yg baik.
14. Tunjukkan yg org lain mustahak- minta pandangan dan nasihat mereka.
15. Latih diri supaya pandai membuat dan menerima teguran.
16. Hormati keanehan @ keunikan org lain.
17. Bila bercakap biarlah beralas.
18. Sentiasa sedia membantu org lain.
19. Jangan bebankan masalah kita kepada org lain.
20. Bila bercakap dengan orang lain, gunakan jarak yg sesuai.
21. Gunakan bahasa badan yg sesuai- yg menyokog bahasa lisan.
22. Wujud dan kekalkan kontak mata semasa bercakap.
23. Bila berjabat tangan- erat, lama, pandang muka dan senyum ikhlas (7 saat)
24. Jadilah org yg boleh diharap, jangan membuat janji jika kita tidak dapat penuhi atau tepati.

Permata: Ayuh, sama2 kita amalkan petua2 tersebut dan lihatlah hasilnya sendiri! Sekian dulu tuk kali ini, mata minta direhatkan...Wassalam..

~WaRkaH Buat Kalian~