Thursday, September 3, 2009

~ JanGaN LepaSkaN PeluaNG! ~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah…Marilah kita panjatkan puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya jualah kita dapat bertemu dan bersua kembali dalam laman ini, bersama-sama saling berkongsi dan memberi.

InsyaAllah pada entri kali ini, ana dengan sukacita mahu berkongsi bersama kalian berkenaan Ramadhan yang mulia ini. Ana ingin menyuntik dan meniupkan semangat dalam diri kita untuk menghargai Ramadhan dan seterusnya menghidupkan hari-hari yang kita lalui dalam bulan ini.

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan! MEGA SALES IN RAMADHAN….

Ya, itulah tajuk yang ingin ana kongsi bersama kalian? Kalian rasa teruja? Ayuh, teruskan pembacaan kalian! InsyaAllah padanya manfaat.

Di sini, Ramadhan ana umpamakan seperti hypermarket. Apa? Ai kalian memang tak Salah baca. Betul la tu H.Y.P.E.R.M.A.R.K.E.T.

Ok, ana nak tanya kalian.. Boleh bagi tau ana hypermarket mana or supermarket mana yg ada wat mega sales and dia ada wat beli satu percuma 70 barang? Ada tak? kat carefour, giant, jusco, tesco, pacific and lain2 ada tak?

Ha…geleng jangan tak geleng. Tak de. Memang takde. Tol tak? Argh, ana tak kira memang takde punya… kalau tak tak lama lagi bankrap la hypermarket or supermarket berkenaan.

Tapi dalam hypermarket RAMADHAN ni.. Ada banyak oFFEr tau. Tapi, perlu diingat Mega sales ini hanya sebulan je. Kini mega sales ini hanya tinggal lebih kurang 17 hari saja lagi. Jangan lepas kan peluang! Yela…mana nak cari hypermarket yg ada offer sampai nak bagi free 7O benda untuk setiap barang dan ada cabutan bertuah yang ganjarannya sangat hebat hanya untuk orang2 yg terpilih je.

Kalian faham kan perumpamaan yang ana beri? Hmm, ye…hanya dalam Ramadhan saja terdapat kelebihan2 dan ganjaran2 yg sangat hebat ini. Dalam setahun, hanya sebulan terdapat peluang dan ruang ini. Sedarlah, peluang ini tiada dalam bulan2 lain.

Jadi, marilah kita sama2 rebut peluang keemasan ini yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Kita tidak perlu membayar wang, duit dan fulus pun untuk masuk Ramadhan dan membeli segala yang ada di dalamnya. Kita hanya perlu membayar dengan usaha, amalan2 beserta ikhlas.

Di sini antara offer yg terdapat dalam Ramadhan:-

• Sesiapa yg melakukan ibadah sunnat akan mendapat ganjaran pahala yg fardhu.
• Sesiapa yg mengerjakan ibadah fardhu, pahalanya bersamaan ibadah 70 fardhu pada bulan lain.
• Bulan yang penuh barakah.
• Bulan yang penuh kesabaran.
• Bulan yang ditambah rezeki
• Peluang untuk mendapatkan keampunan jika memberi makan orang yg berpuasa.
• Peluang mendapatkan suatu malam yg lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadar)

Sekali lagi ana ingin menyeru dan mengajak kalian untuk merebut peluang, ganjaran dan balasan yang disediakan khas buat kita semua. Ingat! Peluang ini hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Marilah kita sama2 berlumba-lumba merebut peluang dan ganjaran yg ada. Jangan tunggu sampai esok!

Wednesday, September 2, 2009

~RamaDhan Tetamu KIta II~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulilllah, puji dan syukur hanya untukMu ya Allah. Selawat dan Salam buat Rasul tercinta Rasulullah SAW,para sahabat, ahli keluarga baginda dan para tabi'-tabi'in.

untuk post kali ini ana nak sambung perkongsian kita yang lepas berkenaan RAMADHAN TEtamu KITa...

Di sini ana ingin kongsikan bagaimana untuk melayan Ramadhan tetamu kita iaitu bagaimana mendapatkan Ramadhan yang bekualiti:-

• Sejak malam pertama tegakkan tarawih berjemaah.
• Bangun bersahur (kerana pada sahur itu barakah)
• Selepas sahur bersihkan mulut dan nantikan subuh.
• Terbit fajar, tahan diri dari makan, minum dan mendekati isteri dan segala yang membatalkan puasa.
• Di siang hari, hendaklah jauhkan diri daripada perbuatan yg haram, bahkan juga perbuatan2 yang makruh.
• Usahakan semua solat fardhu ditegakkan berjemaah.
• Selepas zohor dan asar, sediakan waktu yg tetap untuk membaca Al-Quran.
• Segerakan berbuka bila tiba masanya. Berbuka dengan sedikit makanan yang manis seperti tamar kemudian tunaikan solat Maghrin, kemudian barulah sempurnakan makan.
• Pada setiap malam, tunaikan tarawih, terutama 10 malam terakhir, perbanyakkan iktikaf untuk mencari Lailatul Qadar.
• Banyakkan berdoa diwaktu berbuka dan semasa berpuasa, banyakkan bertaubat, membanyakkan kebajikan serta menjauhi segala yang dibenci oleh Allah.
• Mandi hadas sebelum fajar supaya memasuki puasa dalam keadaan suci.
• Menahan lidah dari berdusta dan bertengkar, memperkatakan yg tidak berfaedah, memfitnah, mengumpat, memperkatakan kehormatan manusia dan yg sewaktu dgnnya.
• Menahan diri dari pengaruh marah dan sikap yg tidak baik, kurang sabar, sifat2 tercela dan seumpamanya.
• Mencari ketaqwaan dan bersyukur.
• Banyak bersedekah.
• Mempergunakan waktu lapang untuk mendalami masalah agama.

Inilah antara perkara2 yang perlu diambil berat dan dijaga oleh kita semua dalam menerima Ramadhan sebagai tetamu kita. Semoga kita sama2 diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan dan mengamalkan perkara2 tersebut dalam menerima Ramadhan sebagai tetamu kita. Amin ya Rabbal Alamin.

Moga Ramadhan akan datang bertandang lagi sebagai tetamu kita nanti. Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi. Maka, marilah kita sama2 menghargai Ramadhan. Bagaimana caranya, kalian masing2 lebih arif dan tahu bukan? jadi, jangan sia-siakan Ramadhan.

~RamaDHaN TetaMu KiTa~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah...dah ciap dah assignment ana..hee banyak sangat assignment nak kena anta minggu ni and minggu depan.. ana mohon maaf pada kalian kerana terlewat post entri tuk ari ni. Maaflah.. Sesungguhnya ia tidak disengajakan. Al-maklumlah busy sikit dengan assignment dan amanah-amanah yang lain. So, walaupun da lewat ni, ana paksakan diri tuk bertahan sebentar demi nak teruskan perkongsian antara kita.

Hmmm, tuk post kali ini di bawah maudu' (tajuk) RAMADHAN TETAMU KITA ana nak menyeru dan mengajak kalian sama-sama berfikir dan renung-renungkan, sama-sama muhasabah diri dan koreksi diri kita.

Sedar tak sedar sudah 11 hari Ramadhan menjadi tetamu kita. Ya, ana umpamakan Ramadhan sebagai tetamu kita. Setiap tahun Ramadhan datang bertandang ke tempat kita (rumah, institut, sekolah dan lain2). Ramadhan akan menjadi tetamu kita selama sebulan. Namun, bagaimana layanan kita terhadapnya?. Bukankah Allah menyuruh kita melayani tetamu sebaiknya? Jadi, bagaimana layanan kita kepada Ramadhan setakat ini? Tanya diri jawab sendiri ye...

Cuba kalian perhati dan fikir-fikirkan bersama. Ramadhan datang ke kediaman kita untuk menjadi tetamu. Bukan calang-calang yang datang dan ia mengambil masa yang agak lama. Yela, selalu tetamu datang sat ja kat umah kita kan? Paling lama pun3 hari. Tol tak? yela...kan tak digalakkan tumpang umah orang lebih 3 hari.

Ok, kembali lagi kepada perumpamaan Ramadhan sebagai tetamu kita tadi. Ramadhan datang bertandang sebulan, turun jauh dari langit. Ramadhan datang bukan dengan tangan kosong. Padanya penuh ole-ole untuk kita. Jadi bagaimana layanan kita kepada Ramadhan?

Seharusnya, kita sebagai tuan rumah tidak boleh tidak hendaklah menjaga kebajikan Ramadhan. Menjaga makan minum Ramdhan. Menjaga tingkah laku kita sebagai tuan rumah.

Sebagai contoh, tak kanlah Ramadhan datang sebulan kita nak sajikan padanya hanya telur goreng dan ikan kering setiap hari? Masaklah sedap-sedap sikit. Bukan selalu Ramdhan datang, sebulan je dalan setahun. Masaklah nasi tomato ke, laksa ke, tomyam ke, paprik ke, apa-apa la yang special sikit. Biarlah nanti Ramadhan pulang dengan senyuman dan badan yang sihat berisi. hee

Kalian faham tak contoh yang ana bagi ni? Takpe2, biar ana terangkan mana2 yang agak2 konfius 2. Hmm, macam ni makanan dan layanan ini sebenarnya mewakili ibadah kita pada bulan Ramadhan. Kalau setakat ikan kering dan telur goreng je setiap hari ia diumpamakan kita hanya puasa dan solat tarawih saja. Tanpa tilawah Al-Quran mahupun tadarus, bersedekah, menghadiri majlis2 ilmu, menghidupkan malam dan lain2.

Maksudnya di sini kita da rugi sebab tak layan Ramadhan sebaiknya. Yela, kalau nak banding dengan contoh tadi, apa jadi dengan Ramadhan kalau kita hanya beri makan ikan kering dan telur goreng sahaja? Hmmm, alamatnya Ramadhan balik jumpa Allah dalam keadaan kurus kering tak bermaya la jawabnya. Bila Allah tanya :" Hai Ramadhan, awat kurus kering ni?". Ramdhan jawab: Aku bertandang selama sebulan di rumah si fulan bin fulan dan dia hanya memberiku makan ikan kering dan telur goreng saja".

Sesungguhnya Malu lah kita pada Allah. Bayangkanlah Allah menghantar Ramadhan kepada kita dengan penuh kasih sayang tapi bagaimana layanan kita pada Ramadhan? Kita tidak mengambil peluang sebaiknya. Kita pandang sambil lewa je pada Ramadhan. Kita tak layan Ramadhan. Siapalah kita sampai kita sanggup melayan Ramadhan sebegini rupa?

Sahabat2 dan saudara2 sekalian, marilah kita sama2 menghidupkan Ramadhan. Janganlah kita tidak mendapat apa-apa kelebihan daripada kehadiran bulan Ramadhan ini. Perbanyakkanlah amalan kita. Masaklah sedap2 tuk Ramadhan. Layanlah Ramadhan sebaiknya. Isilah 19 hari yang tinggal bersama Ramadhan sebaiknya.

Sekian saja tuk entri kali ini, terima kasih kerana sabar membaca. Ana pun tak tahulah macam mana boleh terhurai panjang macam ni. Tapi, semoga dengan perkongsian ini kalian mendapat manfaat darinya. InsyaAllah...OK la, ana mohon undur diri. Ana mahu beradu. Bantal da panggil2 da tu. hee Wassalam.

~WaRkaH Buat Kalian~