Tuesday, August 18, 2009

~DiRiNdui RasuluLLaH~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb atas nikmat iman dan islam yg Kau kurniakan..Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga dan tabi'-tabi'in seluruhnya.

Ya Allah..hari ni suaraku hilang...kini suaraku telah bertukar menjadi rock..hee batuk2+suara rock...sakit...kadang2 batuk sampai keluar air mata...Ya Allah aku pasrah atas ujianMu..Berikan aku kekuatan ya Rabb...

Hari ni ada sesuatu yang ingin ku kongsi bersama...kalian bacalah...!

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq serta para sahabat lain. "Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara- saudaraku (ikhwanku)," berkata Nabi saw.

"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar. "Bukan," jawab Nabi, "kamu adalah sahabat- sahabatku".

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan: "Ikhwanku ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka."

Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan (saudara) engkau?" "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!" sekali lagi Nabi menjelaskan.

"Wahai Abu Bakar, tidakkah kau juga merindui ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?" Persoalan ikhwan mejadi teka-teki kepada para sahabat.

Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa Baginda namun tetap beriman kepada Allah dan RasulNya. Mereka membaca Quran dan Hadith serta mencintai Nabinya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam."

Saudara-saudaraku sekalian...

Alhamdulillah yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai ikhwan itu ialah umat terkemudian termasuk diri kita. Jika kita mengikut ajaran Nabi serta mencintai Baginda, Nabi saw. amat menyanjungi serta sangat merindui kita kerana menurut Baginda meskipun kita tidak berpeluang berjumpa dengannya, namun kita tetap beriman kepada Allah dan RasulNya.

Golongan ikhwan ini pernah Nabi katakan sebagai makhluk yang paling ajaib imannya kerana beriman tanpa bertemu dengan Nabi sendiri. "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah 70 kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku, meskipun tidak pernah berjumpa dengan aku!" Jelas Nabi lagi.

Semoga kita termasuk dalam golongan umat yang diberi gelaran sebagai 'ikhwan' - umat yang dirindui oleh Nabi. Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, August 17, 2009

~MeNaNti BulaN TarbiYaH~


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah...setelah demam+selsema+batuk. ari ni ana gagahkan diri untuk mengupdate blog kesayangan ini. Sesungguhnya sakit itu kifarah. Sakit itu dari Allah. Kurniaan yg berupa ujian dariNYA.

Ya Allah...sedar tak sedar, Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi...

Rasa macam cepat sangat...ya Allah cepatnya masa berlalu..

Dalam beberapa hari saja lagi Bulan Tarbiyah itu akan tiba...

RASULULLAH SAW sentiasa menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berlapang dada. Perasaan gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya dengan berkhutbah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Allah (Ramadhan) dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Ia bulan yang paling mulia di sisi Allah. Harinya adalah hari paling mulia. Malamnya adalah malam yang paling mulia. Setiap detik masanya adalah masa yang paling mulia. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan-Nya. Pada bulan ini setiap hembusan nafasmu adalah tasbih, tidurmu adalah ibadah, segala amalanmu diterima, dan doamu dimakbulkan. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang ikhlas dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya (al-Quran).

“Amatlah rugi sesiapa yang tidak mendapat keampunan Allah pada bulan yang agung ini. Ketika berpuasa bayangkanlah saat lapar dan dahaga pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada fakir dan miskin. Hormatilah orang tuamu, sayangilah yang muda dan eratkanlah hubungan persaudaraanmu. Jagalah lidahmu, bataskan pandanganmu daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya dilihat, dan kawallah telingamu daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Berbuat baiklah kepada anak-anak yatim dan bertaubatlah kepada Allah di atas dosa yang kamu lakukan.

“Angkatlah tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia (Allah) menjawab apabila hamba-Nya menyeru, menyambut apabila hamba-Nya memanggil dan memberi apabila hamba-Nya meminta.

"Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana perbuatanmu. Bebaskanlah diri dengan memohon keampunan. Dirimu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dirimu dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari pengadilan.

"Wahai manusia! Sesiapa di antaramu memberi makanan berbuka puasa kepada seseorang mukmin yang berpuasa pada bulan ini (Ramadhan), maka nilai pahalanya di sisi Allah sama dengan membebaskan seorang hamba. Di samping itu Allah akan mengampuni dosanya yang telah lalu."

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Kami semua tidaklah mampu berbuat demikian."

Rasulullah SAW meneruskan khutbahnya dengan berkata: "Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan seteguk air."

"Wahai manusia! Sesiapa yang menjaga akhlaknya pada bulan ini (Ramadhan) ia dapat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari akhirat nanti dengan mudah. Sesiapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya pada hari kiamat kelak. Sesiapa bersabar pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari pengadilan. Sesiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari kiamat.

“Sesiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari kiamat. Sesiapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari kiamat. Sesiapa melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan membebaskannya daripada api neraka. Sesiapa yang melakukan solat fardu pada bulan ini, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu pada bulan yang lain. Sesiapa memperbanyakkan selawat kepadaku (Nabi SAW) pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Sesiapa yang membaca satu ayat al-Quran pada bulan ini, ganjarannya sama seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lain.

"Wahai manusia! Sesungguhnya semua pintu syurga dibuka bagimu, maka mohonlah kepada Allah agar ia tidak akan ditutup bagimu. Semua pintu neraka ditutup, maka mohonlah kepada Allah agar ia tidak akan dibuka bagimu. Semua syaitan dibelenggu, maka mohonlah agar ia tidak lagi mengganggumu."

Saidina Ali bin Abi Talib bangun dan berkata: "Ya Rasulullah! Apakah amalan yang paling utama pada bulan ini?" Jawab Nabi SAW: "Ya Abal Hasan! Amalan yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri daripada perkara yang diharamkan oleh Allah.”

Berdasarkan khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW pada hari-hari terakhir Syaaban ini, tidak hairanlah kenapa Baginda amat gembira tatkala tibanya Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang teristimewa dan mempunyai banyak kelebihannya. Allah menurunkan al-Quran dalam bulan ini. Di dalamnya ada satu malam yang keutamaannya melebihi seribu bulan (Lailatul Qadr).

Pada bulan inilah umat Muhammad SAW melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Jika seseorang itu mengerjakan puasa dengan penuh keimanan dan teliti, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu.

Segala amal kebajikan yang dilakukan dalam bulan ini akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah. Pada malamnya pula disunatkan solat Tarawih, Witir, Tasbih dan Tahajud.

Maka ayuhlah saudaraku sekalian, mari sama2 kita manfaatkan sebaiknya Bulan Tarbiyah yg bakal tiba ini, kerana ia merupakan hadiah dari Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bulan itu bakal tiba beberapa hari saja lagi..

Ya Allah, Sampaikanlah kami kepada RamadhanMU...

Sunday, August 9, 2009

~ILmU vs HaRta~


10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7
.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.


"Ilmu adalah Jalan. Melalui ilmu Manusia akan tahu jalan yang Lurus..

Tanpa ILMU manusia akan rugi... " [ Saidina Ali ]

~WaRkaH Buat Kalian~