Monday, July 20, 2009

Ada Apa DenGaN NaMa?

~Gambar2 Faizatul Imiyaz dari kecil~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang…

Assalamualaikum….

Salam Sejahtera..

Salam Ukhuwah..

Salam Perjuangan…

Salam luar biasa bagus dan hebat sekali..

Apa khabar kalian? Alhamdulillah dengan rahmat dan limpah kurniaNYa, Dipanjangkan usia, dibesarkan rezeki kita bersua kembali, walaupun masih dalam alam maya ini (blog). Kalau ada jodoh tak ke mana, kan? Bukan kahwin saja persolan jodoh, pertemuan melalui blog ni pun kira jodoh juga…

Kembali ana disini, kesempatan untuk kita berkongsi, saling ingat mengingati, saling nasihat menasihati, sambil membina aura untuk muncul luar biasa bagus dan hebat sekali..

Siapa nama Anda?

Masmuka @ Masmuki?

What is your name?

Ai…awat tetiba tanya sal nama ni?

Hmm, sebenarnya ana bakal dapat ahli keluarga baru.. Kepada yg pernah membaca entri2 ana yg lepas mungkin kalian masih ingat atau mungkin juga dah lupa. Ana bakal dapat adik lagi.hee.. Dalam usia yg meningkat dewasa ni, tak sangka bakal dapat adik lagi..Hmm, mak kata kalau tak ada aral melintang, insyaAllah mungkin awal bulan 8 ni (menurut kata doktor la). Alhamdulillah kedudukan adik ana dah tak songsang da. Doakanlah moga dipermudahkan segalanya sehingga mak ana selamat melahirkan. Amin ya Rabbal Alamin…

“ Mak, adik lelaki ke perempuan?” tanyaku..

“Allah….mak lupa nak suh doktor tu scan la along…”. Jawab mak ringkas..

Pulak da…

“takpe lah, biar surprise sikit” kata mak lagi.

Nak bagi nama apa kat adik ana nanti ye? Hari tu, abah ada minta tolong fikirkan nama tuk adik yg bakal lahir ni….hmmm…

M. Nashihin Bin Ahmad Kailani + Maemuna Bt Samjudi =

1. Fairuzah

2. Fawaid

3. Fazirah

4. Fazliyatul Adila

5. Faizatul Imtiyaz

6. ???


Bukan senang2 je nak bagi nama kan?


Terdapat nama2 yg dilarang oleh syarak (HARAM) untuk digunakannya. Antaranya ialah:


1. Diharamkan semua nama yg hanya dikhaskan untuk ALLAH TAALA seperti Al-Khaliq (pencipta), Al-Quddus (Yang Maha Suci), ataupun apa2 nama yg hanya layak untuk Allah seperti Malikul Muluk, kesemua ini sepakat diantara semua ulamak.

Ibn Qayyim menyebut nama2 yg dikhaskan kepada Allah seperti: Allah, Ar-Rahman, Al-Hukm, Al-Ahad, As-Somad, Al-Awwal, Al-Akhir, Al-batiin, Al-Alam Al-Gyuyub” dipetik dari Tuhfatu al-maudud m/s 98.


2. Diharamkan member nama2 yg dikahskan oleh Nabi SAW seperti Sayyidul Waladul (Anak) Adam, Sayyidul an-Nas (penghulu segala manusia), Sayyidul al-kul (penghulu segalanya). Al-Hanabilah mengatakan kesemua nama ini hanya sesuai untuk Nabi SAW.


3. Begitu juga haram menamakan anak dengan nama yg disandarkan selain kepada ALLAH TAALA seperti Abdul ‘Uzza, Abd Ka’bah, Abd Ali, Abd Dar, Abd Hussin, Abd al-Masih dan sebagainya. –Rujuk Hashiyah Abd ‘Abidin: 268/5, Mughni al-Muhtaj 295/4, Tuhfatu al-Muhtaj 373/10, Kashaf al-Qana’ 27/3, Tuhfah al-Maudud, ms 90.


4. Tidak boleh memberi nama yg mengandungi unsur2 berhala.


5. Tidak boleh memberi nama yg mengandungi unsur nama2 syaitan seperti iblis dan khatrab. Ini kerana terdapat dalil daripada sunnah yg menukarkan nama2 tersebut.

Adapun nama2 yg MAKRUH adalah seperti berikut:-


1. Makruh menamakan anak jika mempunyai makna ataupun lafaz yg boleh menyempitkan hati kerana ini bertentangan dengan arahan Nabi SAW supaya memperelokkan nama.


2. Makruh hukumnya menamakan anak jika mempunyai makna yg menunjukkan syahwat seperti Fatin dan Mughnaj.


3. Makruh hukumnya memberi nama yg mengandungi makna yg berunsurkan dosa dan maksiat.


4. Makruh hukumnya member nama seperti nama Fara’inah dan Al-Jababirah.


5. Makruh menamakan anak dengan nama orang asing seperti orang kafir yg dikhususkan kepada mereka.


6. Makruh member nama dengan nama2 yg mengandungi unsur2 haiwan seperi anjing, keldai dan sebagainya.


7. Dilarang menggunakan perkataan “Din” dan “Islam” kerana ingin menjaga kedua-dua lafaz ini. Ini kerana dikhuatiri mereka yg diseur dengan nama tersebut akan merasa besar diri apabila disebut dengan nama tersebut. Ada sesetengah ulamak berpendapat haram menggunakan nama tersebut, tetapi kebanyakannya mengatakn ia makruh.


8. Makruh member nama yg disandarkan kepada “agama” dan “Islam” yg membawa makna tazkiyah (penyucian) seperti : Nuruddin, Diya’uddin, Saiful Islam, Nurul Islam…


Nama2 tersebut dilarang kerana dua sebab. Contohnya Shihabuddin, ini kerana Shihab membawa maksud percikan api dan ia juga disandarkan kepada agama. Ada juga yg menamakan anak2 seperti Zahabuddin, Massuddin, bahkan ada juga yg memberi nama Jahanam, Rak’atain, Saajid. Raaki’, Zaakir dan sebagainya.


Sesungguhnya Imam Nawawi tidak suka digelar dirinya Mahyuddin, begitu juga Syeikh Islam Ibn Taimiyah tidak suka dirinya digelar Taqiyuddin.


9. Ada juga ulamak yg memakruhkan menamakan anak dengan nama Malaikat. Adapun menamakan anak perempuan dengan nama malaikat maka ia jelas haram, ini kerana ia menyerupai orang2 musyrikin yg menjadikan para malaikat anak Allah.


10. Para ulamak juga memakruhkan memberi nama anak2 yg diambil dari surah2 Al-Quran seperti Yasin, Taha, Hamim…


11. Makruh hukumnya menamakan anak2 dengan nama yg mengandungi unsur2 penyucian seperti Barrah, Taqiyyah, ‘Abid…- Lihat Tuhfatuh al-Maudud karangan Ibn al-Qayyim.

{dipetik dari FATWA ADAB oleh MUHAMMAD BIN SOLEH AL-MUNAJJID, MUHAMMAD B. SOLEH AL-‘UTHAIMIN, ABDUL AZIZ BIN BAZ. Selenggaraan : SYAHRUL NOOR SAIDIN. Terbitan Karya Bestari}

Thursday, July 16, 2009

~:: IQra'_BaCaLaH ::~



Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..pertama dan selamanya marilah kita panjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yg mana segala puji hanya milikNYa...Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabi'-tabi'in..Moga kita mendapat syafaat daripada Baginda SAW di akhirat nanti..amin..

Bacalah, sebutlah dengan nama Tuhan yg menciptakan segala kejadian di dunia...

Tidak perlu dinyatakan lagi kepentingan membaca. Kita semua sudah tahu jawapannya. Tiada seorang pun manusia yg pintar hari ini kerana mereka malas membaca. Semua manusia yg pintar hari ini adalah manusia yg rajin membaca. Setuju tak? Setuju je lah..memang kenyataan pun..kan?

Jika ingin menjadi umat yg berjaya, kita mesti menjadikan amalan membaca sbg amalan hidup kita sehari-hari. Bawalah bahan bacaan ke mana sahaja kita pergi. Isilah masa yg terluang dengan membaca walaupun satu ayat atau satu perenggan.

Dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini, kita bukan hanya boleh membaca dengan buku tapi dengan hanya sekali klik, kita boleh mendapatkan pelbagai bahan di internet. Baca, baca dan bacalah walaupun hanya satu artikel sehari. Syabas kepada anda yg sedang membaca entri ini. Moga anda mendapat manfaat darinya.

Jom sambung baca lagi...

Persepsi masyarakat hari ini yg menganggap membaca hanya untuk mereka yg masih di bangku sekolah ataupun di universiti sahaja perlu di ubah!. Berapa banyak pun kempen kesedaran membaca yg dijalankan, ia takkan dapat mencapai matlamat melahirkan 'masyarakat pembaca' jika masih ada masyarakat yg memandang isu 'membaca' ini sbg isu remeh serta tidak mendatangkan apa2 hasil.

"Buku adalah pintu untuk saya masuk ke dunia lain, dunia yang saya tidak tahu dan saya amat sedih melihat bangsa saya yang suka membeli kebodohan daripada membeli kepandaian (buku)"
ujar Datuk A. Samad Ismail dalam sebuah rancangan televisyen.

Membaca dan menuntut ilmu adalah ibadah yg dituntut oleh Allah dan bila Allah menuntut umatNYa melakukan sesuatu perkara, pasti ada sebab dan hikmah tertentu. Semua manusia yg lahir ke dunia ini, tidak tahu apa2 pun. Perkara pertama yg manusia tahu ketika dia dilahirkan ialah 'dia tidak tahu apa-apa'.

Manusia akan tahu sesuatu perkara bila dia menerima ilmu dan salah satu cara yg paling afdal untuk menerima ilmu adalah membaca. Allah menurunkan Al-Quran kepada umatNYa bukan untuk disimpan atau dijadikan perhiasan mahupun tangkal. Allah menyuruh umatNya membaca dan mengamalkan ilmu yg terkandung dalam Al-Quran itu.

Marilah kita sama2 menyeru diri sendiri dan sahabat2 lain agar mengamalkan budaya membaca ini tidak kira muda, tua, miskin atau kaya walau dimana pun kita berada.

Ingatlah! perintah Allah yg pertama pada kita ialah MEMBACA dan matlamat kita ialah memenuhi kehendak Allah, demi mencapai redha dan rahmatNya. Oleh itu, laksanakanlah perintah Allah yg pertama ini.


p/s: Bacalah apa2 bahan bacaan sekalipun, tapi pastikan bahan bacaan itu mendatangkan manfaat dan amalkanlah segala ilmu yg diperolehi dari pembacaan tersebut.

Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
Hai anakku, Bukanlah suatu kebaikan namanya bila mana dirimu selalu mencari ilmu tetapi dirimu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti seorang yg mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.

Renung-renungkanlah dan sila ambil tindakan sewajarnya...Bak kata orang, yang baik jangan tangguh-tangguh...Betul tak? Fikir-fikirlah...!

Wednesday, July 15, 2009

* Dia Kekasih Allah *



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Dia Kekasih Allah

Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz


~WaRkaH Buat Kalian~