Friday, July 3, 2009

% BunuH diri BukaN JalaN Penyelesaian %

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana dengan nikmat dan kurnianya kita masih mampu bernafas..mampu berjalan di bumiNYa yg penuh dengan ujian ini.

Pada entry kali ini, ana nk bawa kalian semua ke zaman persekolahan ana. Masa tu...ana form 4..Sebuah peristiwa yg tidak dapat ana lupakan...

izinkan ana bahasakan diri sebagai "aku" dalam entry kali ini.

Pada suatu petang jumaat...masa tu lepas Zohor...aku duduk di surau Darul Muttaqin (SAMER). Selalunya waktu2 macam ni ramai yg dah pengsan kt hostel tu...Tapi masih ada beberapa orang yg berada di surau Darul Muttaqin, ada yg mengaji, study dan tak kurang juga yg membuat peta dunia...

Sebelum aku pulang ke hostel, tiba2 aku dengar seolah-olah ada seseorang sedang menangis teresak-esak. Tanpa menunggu lebih lama aku cuba mendekatinya.

Sah, memang dia sedang menangis teresak-esak.tanpa membuang masa aku bertanya padanya. "Dik, napa nangis2 ni?". Dia diam seribu bahasa.

Aduh, kenapa pulak laaa dengan dia ni..hmmm..aku cuba sekali lagi. "dik, kalau ada masalah, cuba cerita kat akak, mana la tau akak leh tolong ke?"..ya Allah lembutkan hatinya, aku ingin membantunya...

Lantas dia angkat sedikit wajahnya demi melihatku..Dia diam buat seketika dan mula memulakan bicaranya sambil teresak-esak..

"kak, saya ada masalah besar."

"hmmm, insyaAllah semua masalah ada jalan penyelesaiannya." kataku lembut.

"saya da tak suci kak!"

Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni?

Aku diam dan hanya memandangnya dengan penuh simpati, aku cuba meletakkan diriku di tempatnya..lalu dia sambung lagi..

"kak, saya malu, saya takut, saya rasa cam nak mati je." tangisannya makin kuat.

"ya Allah, apa dah jadi sebenarnya?" aku cuba bertanya.

"saya kena rogol kak. saya da tak suci lagi!"

Astaghfirullah, eh aku tak salah dengar ke ni?

"kak, saya da tak suci, saya benci ayah saya!"

Ya Allah, kes haruan makan anak ke ni?

Tanpa diminta dia menyambung lagi "kak, saya da diperkosa oleh ayah, saya tak mampu nak lawan kak, sejak darjah empat lagi." sambil menunduk dan tangisnya makin kuat kedengaran.

Lalu aku peluk dirinya. Aku pegang dan genggam erat tangannya.Cuba memberi semangat.Ya Allah, beratnya ujian yg Kau berikan padanya.

"adik tak bagitau mak ke?" aku cuba menguatkan diri untuk bertanya. Padahal mataku sudah bergenang dengan air mata..

"dah. adik da bagitau.Tapi mak tak percaya cakap adik. Mak lebih sayangkan ayah."

"abih tu, sekarang adik duduk dengan sapa?"

"sekarang adik duduk dengan keluarga angkat, sebenarnya sekarang adik tengah dibicarakan."

"oh, adik bawa banyak bersabar ye..sesunnguhnya Allah bersama orang2 yang sabar."aku cuba menenangkannya.

"adik da amik keputusan kak." katanya sambil memandangku.

"adik nak bunuh diri!"

Ya Allah, aku salah dengar ke tak ni. "adik nak bunuh diri?"

"adik da tak tahan kak, bukan sekali dua adik kena, da banyak kali. Adik da tak suci, adik malu ,adik nak mati!"

"adik, bawak bertenang, bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya.kalau adik bunuh diri, ayah adik terlepas macam tu jela, mugkin yang adik beradik yg lain pulak jadi mangsa. satu lagi, adik tau kan bunuh diri tu satu dosa besar?"

Dia diam.

"adik da bawak pisau dari rumah, ada kat dorm.adik cadang malam ni nak bunuh diri. adik da nekad kak."

"astaghfirullah..adik tau tak apa adik cakap ni, adik sedar tak ni? dah, jom balik dorm, akak nak pisau tu."

Selepas tu apa jadi? aku ambil pisau yang ada dalam dormnya dan kusimpan. Alhamdulillah.. aku dapat halang dia dari melakukan dosa besar itu.

Hadits (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.”

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." [Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

Memang Allah sengaja menguji kita...Tapi jangan pernah kita lupa bahawa sesunggunhya:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Surah Al-Baqarah ayat 286]

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." [Surah Yusuf ayat 12]

"...Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yg berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yg tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penlong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir." [surah Al-Baqarah ayat 286]

Teman, bunuh diri bukan jalan penyelesaian. Ingatlah semua hambaNya pasti akan diuji. Jadikanlah ujian itu sebagai platform untuk lebih mendekatiNYA. Jangan cepat putus asa. Mungkin ujian kita adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dariNYa..amin..

Thursday, July 2, 2009

~RinTihaN SeoRaNG HaMBa~


Bismillahirrahmanirrahim…

Terasa berat bagi kaki ini melangkah kerana setiap hari dosaku semakin bertambah. Namun Allah itu tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan.

Oleh itu Dia telah berjanji bahawa: ’Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160].

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgamu

Tapi ku tak daya menanggung seksamu

Oleh itu kurniakanlah, ampun padaku

Ampuni dosaku,

sesunggunhya Engkau Maha Pengampun dosa2 besar

Dosaku…umpama pasir terimalah taubatku

Wahai Tuhan…yang Maha Agung

Umurku berkurang setiap hari dosaku bertambah

bagaimanakah akanku tanggung?

Aku mohon keampuanan dari Allah yg Maha Agung…

Yang tiada Tuhan melainkan dia, Yang maha hidup dan berdiri sendiri dan Aku bertaubat kepadaNYa dari segala maksiat dan dosa. Dan aku bertaubat kepadaNYa dari segala yg dibenci oleh Allah samada pertuturan, perbuatan, pendengaran, penglihatan dan apa yg terlintas dalam hati.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMU terhadap dosa-dosa yg aku lakukan dan yg akan dilakukan, dan apa jua yg aku sembunyikan, dan dosa yg aku lakukan secara terang-terangan dan apa jua yg Engkau lebih mengetahu daripadaku. Engkaulah yg mengakhiri dan Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMU dari setiap dosa, aku bertaubat kepadaMU dari dosa itu kemudian aku mengulanginya dan aku memohon keampunan bagi apa aku berkehendak untuk melakukannya semata-mata kerana wajahMU yg Maha Mulia. Dan aku telah mencampur adukkan amalan itu dengan apa jua yg Engkau tidak redhai. Dan aku memohon keampunanMU dengan apa jua yg telah aku berjanji dengan diriMU kemudian aku memungkirinya.

Dan aku memohon keampunanMU bagi apa jua hawa nafsu mengajakku untuk melakukannya dari kelonggaran yg mana aku keliru mengenainya sedangkan ianya adalah laranganMU.

Dan aku memohon keampunanMU bagi segala nikmat yg telah Engkau kurniakan kepadaku dan kemudian aku belanjakannya di jalan maksiat.

Dan aku memohon keampunanMU dari dosa-dosa yg tidak diampuni (oleh seorangpun) melainkan Engkau dan tidak seorang pun mengetahuinya melainkan Engkau dan tidak ada yg meliputinya dan tidak ada yg selamat darinya melainkan dengan keampunanMU.

Dan aku memohon keampunanMU dari sumpah yg aku mungkiri dan aku bertanggungjawab keatasnya.

Dan aku memohon keampunanMU wahai yg tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari kalangan mereka yg zalim.

Dan aku memohon keampunanMU wahai yg tiada Tuhan melainkan Engkau, yg mengetahui apa yg ghaib dan yg disaksikan dari kejahatan yg telah aku lakukan dalam cahaya siang dan kegelapan malam. Di dalam tempat yg berpenghuni dan tempat yg kosong dan di dalam rahsia dan terang-terangan dan Engkau melihat kepadaku apabila aku melakukannya (dosa-dosa) apabila aku melakukan kemaksiatan dan keingkaran samada secara sengaja ataupun tidak sengaja ataupun dalam keadaan lupa. Wahai yg Maha Lembut dan Maha Mulia.

Dan aku memohon keampunanMU wahai yg tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari kalangan mereka yg zalim.

Tuhanku, ampunilah aku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku dan Engkau lah sebaik-baik Pengasih dari kalangan mereka yg mengasihi.

Dan aku memohon keampunanMu dari setiap amalan fardhu yg telah aku tinggalkan yg telah diwajibkan kepadaku untuk melakukannya, samada di hujung waktu siang ataupun di pinggir malam, samada aku tinggalkannya dengan sengaja ataupun disebabkan lupa, ataupun lantaran meringan-ringankannya sedangkan aku bertanggungjawab terhadapnya. Dan juga dari setiap sunnah dari sunnah-sunnah penghulu sekalian Rasul penutup segala Nabi, Muhammad SAW yg telah aku tinggalkan disebabkan kelalaian, lupa, kejahilan atau meringan-ringankannya. Samada sedikit ataupun banyak dan aku disandarkan dengannya.

Aku memohon keampunanMU wahai yg tiada Tuhan melainkan Engkau, yg dan tiada sekutu bagiMu. Maha Suci Engkau Tuhan pemilik sekalian alam. kepunyaanMu lah segala kerajaan dan pujian serta kesyukuran. Dan Engkaulah yg mencukupi kami dan sebaik-baik wakil, sebaik-baik Tuhan dan sebaik-baik pemberi pertolongan dan tiada kekuatan dan tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah dan selawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan berilah kesejahteraan ke atas mereka dengan kesejahteraan yg banyak dan segala pujian milik Allah Tuhan sekalian alam.

[Terjemahan istighfar Rejab]

Jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiada guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka.

' Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,’ [Al-Qiyamah:14]

Firman Allah SWT:

" Hai orang-orang yg beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya, dan jaganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." [ Ali-imran : 102]

Wednesday, July 1, 2009

~HaRi BerSejaRaH~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...

Syukur pada Allah, dengan segala nikmat dan rahmatNYa dapat kita bersua kembali di ruangan ini..Syukran jazilan atas sokongan kalian yg setia menziarahi MUJAHIDAH FI SABILILLAH..Moga kalian mendapat manfaat tatkala singgah di blog ini...amin..

Ari ini..hari bersejarah buatku...

8 Rejab...Selamat hari lahir buat diri ini yg kini semakin meningkat dewasa...Semoga sentiasa dibawah rahmat dan perlindunganNya..

Memang sudah menjadi kelaziman, setiap tahun aku menyambut hari lahirku mengikut tahun hijrah...Ya, memang agak jarang ada yg menyambut birthday mereka berdasarkan tahun Hijrah..Tapi aku memang menyambut hari bersejarah iaitu hari kelahiranku pada tanggal 8 Rejab sejak kecil...

Jadi, apabila ada yg bertanya padaku..."Birthday bila?" aku automatik akan menjawab 8 Rejab...sehingga mereka bertanya kali kedua "oohh, ikut kelander masihi bila?" baru aku jawab birthdayku mengikut yg tertera pada ic..

Sesungguhnya, aku lebih senang dan bahagia apabila kawan2 dan sahabatku mengucapkan ucapan selamat hari lahir buatku pada 8 Rejab..Tapi syg, tak semua tahu...hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat je yg selalunya akan wish pada tanggal 8 Rejab...Ramai yg akan wish pada bulan November nanti...hee walau apapun tarikh tu pun birtday aku jugak..So, i will celebrate birtday twice a year..best kan? hee

kepada mak tersayang : Terima kasih kerana melahirkanku...mendidik dan mencintaiku..

kepada Abah tersayang : Terima kasih kerana bersusah payah mencari rezki dan membesarkn ku...mendidikku dan menyayangiku...

Aku sungguh bertuah dilahirkan sebagai anak sulong...kerana walaupun aku tiada kakak mahupun abang sebenarnya Mak dan abahlah merangkap kakak dan abang kepadaku...yg mendengar rintihan dan masalahku sejak kecil...akulah permata mak dan abahku..

Mak, abah...Along sayang kalian...

~WaRkaH Buat Kalian~