Tuesday, June 3, 2014

~BERSEDIA untuk RAMADHAN~


Bismillah...
Assalamualaikum semua..subhanallah, rindunya la nak menulis...lama sangat tak menulis rasanya..sejak habis study, terabai pulak blog ni.. da bersawang teruk rasanya :(

Sahabat, Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Syaaban. Ye..betul lah. Dah bulan Syaaban. Macam tak percaya kan?huhu Itulah, dalam melalui kehidupan seharian dengan kesibukan masing-masing, tup tup da nak Ramadhan...

Apakah persediaan kita menyambut Ramadhan yang bakal tiba???
Hari ni saja nak kongsi  antara persediaan simple yang boleh sama-sama kita usahakan...

1. BERDOA. Ya, berdoa supaya kita diberi peluang bertemu dan sampai pada bulan Ramadhan yang mulia.
Mari amalkan doa yang masyhur: Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Tapi memandangkan kita sudah melalui bulan Rajab, maka berdoalah: Ya Allah, berkatilah kami di bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Amin. Semoga kita sama-sama diberi peluang untuk kembali bertemu Ramadhan yang dirindui.
 2. JAGA KESIHATAN. Kesihatan merupakan aset terpenting. Sama-samalah kita menjaga kesihatan supaya kita dapat berpuasa dengan baik pada bulan Ramadhan.

3. MENGAJI ATAU MEMBACA AL-QURAN. Benar, kita sudah boleh melatih diri mengaji atau membaca Al-Quran dari sekarang! Supaya nanti dah sampai Ramdhan senang nak teruskan dengan tadarus bersama.

4. LAKUKAN SOLAT-SOLAT SUNAT. Kalau Ramadhan sudah tiba, kita akan melaksanakan solat tarawikh bukan? Jadi sebagai latihan, apa kata kita mulakan dengan membiasakan solat-solat sunat seperti solat sunat Rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, Hajat dan sebagainya :)

5. PUASA SUNAT. berpuasalah isnin dan khamis iaitu hanya 2 kali seminggu atau salah satu darinya isnin atau khamis (sehari seminggu) ia sebagai latihan supaya perut kita tidak terkejut nanti...hehe

Itu sahaja perkongsian kali ni..InsyaAllah lepas ni akan lebih rajin untuk memeriahkan lagi blog ni. Jumpa lagi! Wassalam ^-^

Sunday, April 27, 2014

~OH, Habbatus Sauda~



Maksud Hadis: Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati.

Apa maksud ‘tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’?

1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda’ berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.

2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda’ hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda’ untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin
akan menimpanya.

3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda’ ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan
minuman.

Apakah makna ‘penawar bagi segala penyakit’?
4. Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya ‘al-Tibb al-Nabawi’ bahawa makna perkataan ‘kulli’ (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat: yang menghancurkan ’segala’ sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu ‘balaghah’ dalam bahasa Arab.

Dari maksud yang yang sama penawar ’segala’ penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.

4. Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawar Habbatus Sauda’. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatus Sauda’ ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.

****Sesiapa ingin mendapatkan Habbatus sauda' dlm bentuk kapsul seperti dlm gmbr boleh  sms/whatsapp 0134175619 :) 

Saturday, January 25, 2014

Pewangi Bentuk Capal Rasulullah~Jom Memilikinya! ~

SALAM...

KHABAR GEMBIRA BUAT PARA PENCINTA RASULULLAH SAW!!

CERIAKAN HIDUP ANDA DENGAN INGATAN KEPADA RASULULLAH SAW, WALAU DIMANA PUN...

Sekarang memperkenalkan produk pewangi kereta/almari/bilik yang Islamik pertama di Malaysia . Di hasilkan dari Malaysia untuk seluruh dunia...

# Berbentuk capal Rasulullah SAW
# Ringan Dan Wangian Yang Harum
# 10 Warna Dalam 10 Haruman
# Tahan lebih 20 hari (hampir sebulan)
# Bentuk Dirujuk dari Kitab Ulama Muktabar, Imam Al Qalaastani
# Boleh di hadiahkan kepada ahli keluarga, para ulama sebagai dakwah kecil kecintaan kepada Rasulullah SAW.




Gantungkan di dalam kereta/almari/bilik anda... Nikmati wangian nya...apabila terpandangnya...berselawatlah kepada Rasulullah SAW...

Bauan Yang Ada:-

-Lavender
-Apple
-Orange
-Cherry
-Pine fresh
-Sea breeze
-Berry
-Black ice
-Vanilla
-Lemon

Sila sms/whatsapp ke 013-4175619 (Fairuzah) untuk cara belian mudah.

Semoga belian anda mendapat rahmat dan pahala demi menyebarkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan agar kita semua termasuk dalam orang yang mengikuti jejak langkat.

P/S : Agen diperlukan, sila pm untuk dapatkan harga agen.
Sesuai untuk jualan masjid, ceramah, majlis keagamaan, majlis maulid dan sebagainya..

Wednesday, September 4, 2013

~Sakit itu Rahmat dan Penghapus Dosa~



Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihat dan pada semasa waktu senangnya.”

Ujaran Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga
berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut”

Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).

“Penyakit panas itu menjaga tiap mukmin dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i).

Friday, June 21, 2013

Welcome Back~

Bismillah... subhanallah...sekian lama ku meninggalkan blog ini..

Hari ini kubuka semula blog kesayanganku ini..

akhir post 22 November 2012, Sekarang sudah 21 Jun 2013..

Welcome Back!


Thursday, November 22, 2012

~Khasiat Habbatus Sauda'~


Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma)

Wednesday, September 26, 2012

~Lantunan Mahabbah Rasulillah~

Ya Rasulullah, saksikanlah kini pujian atas mu telah berkumandang dari segenap penjuru alam dari para pencintamu..

Wahai muslimat seluruh alam, saya menyeru agar kita sama2 melantunkan mahabbah kita buat junjungan besar Rasulullah SAW. Pakat2 mai na :) 

Monday, April 30, 2012

~PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI~


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

 Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

 Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

 Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH..

 *ya Allah, sayu hati menghayati kata2 amanat dari seorang pejuang ISLAM..Allahu akbar!!!

Sunday, January 8, 2012

~ Selawat Thobibiyah~


Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada junjunganku,
kekasihku, pengubat hatiku, jiwa dan ragaku
 iaitu junjunganku yang menjadi utusan Allah, 
Muhammad bin Abdullah 
insan yang jujur dan terpercaya. 
Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda.

*Ayuh kita melazimi bersalawat ke atas baginda :)


Saturday, January 7, 2012

~Buat Para Perindu Baginda Rasulullah~

Bismillah...

Sudah lama ku tidak menulis. Dan hari ini ku teringin sekali mengupdate laman ini. Buat permulaan ini ku ingin kongsikan sebuah lagu kegemaranku sejak kecil lagi. Lagu ini punya makna yang tersendiri buatku dan aku yakin dan percaya ia juga pasti sangat bermakna buat kalian para perindu nabi Muhammad SAW... Ini dia liriknya..:

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Tuesday, November 1, 2011

~Mutiara dari Sang Murabbi~


Dengaan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Allah..sudah lama rasanya diri ini tidak menulis...sudah lama juga ku biarkan blog ini, wadah ini dan wasilah ini yang menjadi tempat perkongsian bersama kalian yang sudi singgah walau sebentar cuma...

Apa khabar kalian? Moga sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam dakapan dan pelukan sang pencipta..

Untuk entri kali ini setelah lama tiada perkongsian dari diri ini, ingin ku kongsikan bersama kalian kalam-kalam mutiara dari sang murabbi tercinta...
    1. Istighfar adalah adab hamba kepada penciptanya yakni ALLAH. Oleh itu tidak dapat tidak kita hendaklah sentiasa beristighfar kepadaNYA. Sesungguhnya tidak merasa berdosa itu adalah satu dosa. Orang yg tidak merasa dirinya berdosa, sesungguhnya hatinya telah dihijab oleh Allah..Nauzubillah..
      2. Suburkan cinta kepada baginda Rasulullah kekasih Allah. Tanpa nabi tiadanya cahaya di dunia ini. Alam ini tiada seri tanpa manusia dan manusia tiada seri tanpa baginda Rasulullah. Allah...bagaimana boleh kita lupa akan baginda nabi? sedangkan solat baginda yg ajarkan..adab-adab dan akhlak juga didikan dari baginda...bahkan baginda yang mengangkat darjat dan martabat wanita...kami rindu padamu ya Rasulullah...:(
        3. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah. Allah sentiasa menunggu rayuan hambaNYA. Sesungguhnya Allah tidak pernah rehat untuk berhenti menjaga hambaNYA. Mereka yang kenal Allah sentiasa tenang laksana seorang bayi yang tenang dalam pelukan ibunya kerana sesungguhnya Allah tidak akan pernah sesekali membiarkan hamba-hambaNYA...
          4. Niatkaan segala gerak kerja kita sebagai ibadah. Jika kita niat bekerja untuk ibadah nescaya kita akan bekerja bersungguh-sungguh. Maka tidak akan ada perasaan malas, tidak akan ada pengabaian tangunggjawab, curi tulang dan sebagainya.
            5. Yakin dan ikhlaslah dalam menerima ketentuan Allah. Redhalah. Sesungguhnya keputusan Allah itu yang terbaik. Sedarlah bahawa kita dengan Allah tidak boleh memilih. Siapa kita untuk memilih???

            Banyak lagi yang ingin dikongsikan...Namun semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang besar khususnya buat yang menulis ini dan amnya buat kalian yang sudi singgah di laman ini..sehingga bertemu kembali.. Doakan hamba yang lemah ini...

            Saturday, October 8, 2011

            SeBarKan BAHAGIA (~_^)


            ~ klik pada gambar untuk view yang lebih besar~

            Saturday, September 10, 2011

            ~Top Up!~


            Bismillahirrahmanirrahim...

            Senario:

            "Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."
            Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan 'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

            Realiti:



            Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, "Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga". Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', tabi' tabii'n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

            Kisah renungan:

            Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda', " setiap umat ada orang fakih, dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus." Kembali kepada kisah Syadad bin Aus. Satu malam, Syadad bin Aus hendak tidur, tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah. Maka dia berkata, "Ya Allah, nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini." Lalu, beliau bangkit dan solat sehingga Subuh. Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidur malam. Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang menentang golongan kuffar dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu, inikan pula hendak mengangkat senjata untuk pergi berperang. Allah :(

            Konklusi:

            Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah, kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama 'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah.

            "Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)

            Berkata ulama', terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati:

            1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
            2. Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan.
            3. Bangun malam dengan beribadat.
            4. Bermunajat pada waktu sahur.
            5. Berdamping dengan orang Soleh.
            6. Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat.
            7. Uzlah (mengasingkan) diri daripada orang jahil.
            8. Jangan selalu bersama mereka (orang jahil).
            9. Makan benda yang halal.

            Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka:
            1. Mata yang berhirasah (berjaga malam) di jalan Allah.
            2. Mata yang menangis kerana Allah.

            *Semua orang sibuk dengan cukai 6% tuk reload...huhu semua nk dicukaikan~~

            Wednesday, August 3, 2011

            ~ Sudah 2 Tahun! ~


            Hari ini genap sudah 2 tahun usia Hannan...Semoga Allah murahkan rezekinya, dipanjangkan umurnya dalam ketaatan dan membesar dengan sihat dan kuat..hee

            Monday, July 4, 2011

            ~ BersaBarlah Wahai Hati, TabahlaH wahai JiWa ~

            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
            Bila engkau memandang segalanya dari TuhanMU
            yang menciptakan segalanya,
            yang menimpakan ujian,
            yang menjadikan sakit hatimu,
            yang membuat keinginanmu terhalang,
            serta menyusahkan hidupmu,
            pasti akan damailah hatimu,
            kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
            bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu,
            retaknya hatimu,
            tapi mungkin itulah yang DIA mahu
            kerana Dia tahu
            hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
            mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..


            Monday, June 27, 2011

            ~MuJaHadaH Itu PaHit keRaNa SyurGa itu MaNiS~


            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

            "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

            Satu ungkapan yang sering kita dengar.

            Satu perkataan yang acapkali diungkapkan pada saat kita terasa lemah untuk terus berjuang di jalan Allah.

            Bukan mudah untuk seorang daie tetap teguh berdiri di jalan Allah.

            Bukan senang untuk istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

            Terlalu banyak ujian yang perlu ditempuhi. Pahitnya sebuah mujahadah hanya orang yang melaluinya sahaja merasai.

            Untuk meraih keindahan syurga, seseorang itu perlu berkorban. Dalam pengorbanan, seseorang perlu mujahadah. Kerana mujahadah itulah yang terbaik untuk kita.


            “Dan barangsiapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh , Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu)dari seluruh alam.” [Surah Al-‘Ankabut:6]

            Sesungguhnya jihad itu untuk diri kita sendiri. Allah telah sediakan syurga yang cukup indah sehingga tidak akan pernah terlintas di benak fikiran kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

            Tajuk kali bukanlah untuk menceritakan mengenai kepahitan sebuah mujahadah dan keindahan syurga, tapi ana tertarik sekali untuk berkongsi input yang ana dapat dari kuliah maghrib baru-baru ini. Bagaimana untuk mujahadah?

            Rukun mujahadah
            Sebagaimana solat dan puasa, mujahadah juga ada rukun-rukunnya. Dalam mujahadah ada empat rukun yang perlu kita amati dan insyaallah amalkan demi memperoleh kejayaan melawan nafsu dan syaitan.

            1. Ber’uzlah

            Yang bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.

            2.Diam

            Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
            Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]

            3.Menahan Lapar

            Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]

            4.Berjaga malam

            “Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”[Surah Al-Muzzammil:6]

            Benar, bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

            Usah ragu, jangan berlengah lagi dan berhenti beralasan kerana syurga menanti kita di sana. Selamat berjuang!

            credit to Azzariyat.com

            Monday, June 6, 2011

            ~Tidak....!~


            Tidak...
            anda tidak akan menyia-nyiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikan di dalamnya.

            Tidak...
            anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

            Tidak...
            anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

            Tidak...
            anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

            Tidak...
            anda tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan orang yang menganggur dan membuang waktu untuk perkara yang sia-sia.

            Tidak...
            anda tidak akan mengambil sikap tak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin.

            Tidak...
            anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok dan sesuatu yang kotor dan najis.

            Tidak...
            anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami.

            Tidak...
            anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda kewujudannya.

            Tidak...
            anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.

            ~Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni~

            Monday, May 2, 2011

            ~Anak DerHaka Vs HaMba derHaka~


            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

            Alangkah indahnya hikayat yang dibentangkan oleh ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Madarij As-Salikin. Beliau mengatakan:

            "Ini adalah hikayat terkenal tentang seseorang yang telah mencapai tingkat ma'rifat. Pada suatu hari ia berjaya melepaskan diri dan lari dari tuannya. Di sebuah lorong ia melihat sebuah pintu rumah terbuka. Seorang anak kecil sambil menangis meminta tolong keluar dari pintu itu. Kelihatan ibunya dari belakang mengusirnya keluar. Setelah mengunci pintu lalu si ibu masuk kembali ke rumah.

            Belum jauh si anak malang itu pergi, ia pun berhenti. Ia berfikir dan binggung kerana tidak mempunyai tempat tinggal selain rumah yang baru sahaja ia tinggalkan tersebut. Juga tidak ada yang melindunginya selain daripada ibunya. Ia pun kembali lagi dengan hati hancur dan perasaan yang sedih. Ia mendapati bahawa pintu rumahnya telah terkunci rapat. Lalu ia duduk bersandar sambil meletakkan pipinya pada ambang pintu. Kemudian ia tertidur.

            Si ibu keluar. Melihat anaknya dalam keadaan seperti itu, serta merta memeluknya. Ia mendakap dan menciumnya dengan penuh rasa terharu. Dan sambil menangis ia berkata:"Anakku, ke mana kamu tinggalkan aku? Siapa yang sudi melindungimu selain aku? Bukankah sudah aku katakan padamu, jangan menentangku. Dan jangan pula berani berbuat derhaka padaku, sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu. Aku ingin kamu sentiasa baik dan bahagia". Lalu si ibu memimpinnya dan masuk ke rumah.

            Sahabat...
            Cuba renungkan kata-kata si ibu tadi:"Jangan berani berbuat derhaka padaku, sehingga hilang rasa kasih sayangku padamu."

            Renungkan pula sabda Rasulullah SAW:
            "Allah itu lebih sayang kepada hamba-hambaNya daripada sayang seorang ibu kepada anaknya".

            Apalah ertinya kasih sayang ibu jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah yang meliputi segala sesuatu? Jadi kalau seorang hamba membuat Allah murka dengan berbuat derhaka, bererti ia telah mendorong hilangnya rahmat Allah. Dan kemudian jika ia mahu bertaubat bererti ia telah mengundang kembali rahmat tadi yang memang sepatutnya ia nikmati.

            Rasulullah SAW pernah bersada:
            "Setiap anak cucu keturunan adam itu berdosa, dan sebaik-baiknya orang yang berdosa ialah yang mahu bertaubat". (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

            Permata: Rahmat Allah itu sangat luas, Maka bertaubatlah sebelum terlambat...

            Monday, April 25, 2011

            ~NaMamu DiSebut-SebuT ya RasuluLLaH~


            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

            Sungguh agung namamu wahai Nabi!
            Namamu ya Rasulullah diabadikan Tuhan sepanjang zaman
            Menunjukkan mulianya engkau di sisi Tuhan di dunia dan di Akhirat
            Tuhan promosi engkau, hingga engkau di bibir mulut manusia
            Nama Tuhan dan namamu digandingkan sama
            Disebut nama Tuhan maka disebut namamu juga
            Setiap yang hendak masuk Islam nama Tuhan dan namamu disebut di dalam dua kalimah yahadah

            Namamu disebut di dalam doa selepas wudhuk
            Namamu juga disebut di dalam doa selepas azan dan iqamah
            Namamu disebut di dalam sebarang doa agar dikabulkan permintaan
            Sungguh mulia engkau, namamu disebut di mana-mana sahaja
            Di dalam sembahyang namamu disebut ketika tahiyyat
            Jika tidak disebut tidak sah solat
            Belum lagi pencinta-pencinta engkau yang mabuk dengan engkau
            Mereka lebih-lebih banyak lagi menyebut nama engkau
            Iaitu engkau disebut di dalam selawat
            Sebelum sembahyang, selepas sembahyang, di dalam sembahyang, ketika berkhalwat
            Setiap yang berzikir namamu mesti disebut orang berulang kali
            Seolah-olah engkau masih hidup di dunia ini

            Ya Nabi namamu sungguh harum semerbak mewangi
            Ya! Namamu dihidup orang sekalipun jasadmu sudah dikebumi
            Apa sahaja upacara Islam namamu mesti disebut
            Di dalam khutbah namamu disebut oleh khatib di atas mimbar
            Apatah lagi di masa maulidmu, selawat berkumandang tidak jemu-jemu
            Seolah-olah engkau bersama di majlis itu
            Seolah-olah engkau masih hidup bersama kami atau mereka
            Begitulah cintanya Tuhan kepadamu, hingga namamu disebut selalu bahkan setiap waktu
            Tuhan berselawat kepadamu, para malaikat juga begitu
            Orang mukmin dianjurkan berselawat kepadamu selalu semahu-mahunya
            Hingga tidak ada ruang dan masa yang kosong yang tidak disebut namamu
            Namamu disebut di langit dan di bumi

            Begitulah kehormatan yang engkau perolehi dari Tuhanmu
            Belum lagi menyebut peribadi, sikap dan perbuatanmu
            Engkau adalah contoh segala contoh, ikutan di dalam segala hal
            Contoh dan ikutan yang tidak ada tandingan sebarang zaman
            Samada orang sebelum kelahiranmu mahupun setelah kelahiranmu

            Engkau memanglah Sohibulazman
            Engkau adalah bapa mithali bagi seluruh keluarga dan manusia
            Engkau didik mereka mencintai Tuhan dan Akhirat
            Mereka jual dunia untuk Akhirat mereka

            Engkau adalah laksana ibu tempat bermanja tidak ada taranya
            Tempat mengadu, tempat meminta, tempat mencurahkan perasaan
            Guru yang luarbiasa, pemimpin sejati yang mengasihi dan dikasihi
            Engkau adalah kawan setia bahkan mengutamakan kawan setiap masa
            Di waktu musafir, ketika bermukim, engkau khidmati mereka
            Engkau jiran yang baik, engkau anggap jiran engkau adalah keluarga
            Kehormatan mereka engkau jaga, kesusahan mereka engkau bela
            Anak-anak yatim, fakir miskin, janda-janda engkau hiburkan, mereka terhibur
            Engkau sering sahaja bersama mereka, mereka bangga

            Kejahatan orang engkau balas dengan kebaikan
            Engkau pemaaf, menerima keuzuran, ziarah orang sakit, mengiringi jenazah
            Engkau pemurah, ibadahmu banyak, suka berkhidmat kepada orang
            Setiap kebaikan yang engkau cakapkan engkau laksanakan

            Engkau sangat mencintai Tuhan dan Akhirat
            Para-para tetamu engkau sangat hormati dan menjaga keperluan mereka
            Janji engkau tepati, hutang orang engkau bayarkan
            Kesabaran engkau sangat terserlah, tawakal engkau menjadi budaya,keberanian engkau tidak ada tara

            Engkau sangat lemah lembut, tidak keras tapi tegas
            Engkau mesra dengan orang, peramah, marah tidak ketara
            Engkau tidak mengumpat, tidak menghina, tidak mengata
            Akhlak engkau tinggi, wibawa engkau luarbiasa

            Musuh-musuh engkau mengakui sekalipun mereka benci
            Pada diri engkau ada segala contoh-contoh bagi setiap golongan manusia
            Kalau seorang guru engkaulah contohnya, kalau seorang pemimpin engkaulah ikutannya
            Jika seorang bapa atau ibu engkaulah suri teladannya
            Jika suami engkaulah patut ditiru
            Sekiranya seorang kawan engkaulah contohnya
            Jika seorang ulama engkaulah contoh terbaik bagi ulama
            Kalau seorang mubaligh engkaulah tempat rujuknya
            Jika seorang pejuang engkaulah tempat ukurannya

            Engkau tidak payah ditonjol-tonjol memang engkau sudah tertonjol
            Engkau tidak payah berlakon-lakon membuat baik, engkau memang orang yang terbaik
            Engkau tidak perlu pura-pura baik memang sikap engkau sudah baik dan terdidik
            Engkau tidak payah meminta disanjung, kerana semua orang menyanjung engkau tanpa diminta

            Allahummasalli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘ala ali Saiyidina Muhammad

            Monday, April 18, 2011

            ~Aku MaBuk CiNTa~


            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

            Ah, aku sudah mabuk cinta. Cintaku sudah tidak dapat kubendung lagi...

            Dakwah adalah CINTA itu...

            Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.

            Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari :

            Fikiran kita.
            Perhatian kita.
            Berjalan kita.
            Duduk kita.
            Tidur kita.

            Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai.

            Memang seperti itulah hakikat dakwah. Ia menyedut :

            Saripati tenaga kita.
            Sampai ke tulang belulang kita.
            Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita.
            Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.

            Seperti itulah pula apa yang berlaku kepada rambut Rasulullah saw di mana rambutnya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.

            Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.

            Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak.

            Sukar membayangkan sekuat mana khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan. Hanya dalam dua tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.

            Dakwah bukannya :

            Tidak meletihkan.
            Tidak membosankan.
            Tidak menyakitkan.

            Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui.

            Justeru kerana rasa letih dan sakit itu :

            Sentiasa mereka rasakan.
            Sentiasa menemani mereka.
            Sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi.
            Maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan mereka.

            Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada.

            Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan jihad yang begitu mempesonakan.

            Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :

            Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.

            Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.

            Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.

            Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.

            Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

            Dalam doa Rabithah, Imam Hasan Al Banna telah melakarkan bait-bait berikut :

            ‘Ya Allah Engkau tahu, Hati-hati ini telah Berkumpul dalam cinta-Mu, Bertemu dalam taat-Mu, Menyatu menolong dakwah-Mu, Berjanji memperjuangkan syariat-Mu, Maka eratkan ikatannya, Dan abadikan cintanya…..’. (Doa Rabithah)

            ~WaRkaH Buat Kalian~